Bitcoin (BTCUSD) meneruskan momentum kenaikan dengan terus membuat rekod tertinggi baru untuk tahun 2020. Kenaikannya sejak beberapa minggu lalu selepas berjaya melepasi paras resistant penting paa $10,500. Ia mencecah harga $16,479 pada awal pagi tadi sebelum menyusut sedikit ke sekitar $16,206. Sekiranya ia terus mencatatkan kenaikan, BTCUSD dijangka akan menguji paras 31/12/2017 pada $16,894 diikuti paras tertinggi dalam sejarah yang dicatat pada 17/12/2017 di $19,470. Support terdekat berada di FE-100 daily ($14,593) diikuti paras RBS di $13,821. RSI14 untuk carta weekly dan daily masing-masing telah menunjukkan kenaikan dalam zon overbought.
Para penganalisis berpendapat bahawa kemenangan Joe Biden di dalam pilihanraya Presiden US pada minggu lalu telah memberi ruang kepada Bull untuk terus mengukuh. Bakal-Presiden Joe Biden dijangka akan kembali ke arah polisi dan pengurusan yang lebih konvensional berbanding Presiden Trump yang radikal. Polisi luar negara juga dijangka lebih lembut berbanding pendekatan ugutan oleh Trump. Ini dijangka mendorong kemasukan semula pelabur ke pasaran Emerging Market yang mana secara tidak langsung akan melemahkan matawang USD. Firma-firma pengurusan dana juga dilaporkan menggunakan Bitcoin sebagai hedge untuk matawang USD yang lemah. Pelabur lagenda Paul Tudor Jones dipetik berkata bahawa bahawa Bitcoin adalah ‘the best inflation trade’ dan amat sesuai untuk dijadikan ‘hedge’ kepada pandangan bearish USD untuk masa depan.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.