Gold dan Vaksin Covid-19: Hubungan Antithesis

XAUUSD mencatat kenaikan drastik dan mencapai paras tertinggi November pada 9 haribulan selepas bakal Presiden Joe Biden diumumkan sebagai pemenang dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. Ia naik sehingga $1965 berikutan kelemahan meluas Dollar.

Tetapi, kenaikan ini tidak bertahan lama apabila berita Pfizer dan BioNTech mengumumkan bahawa mereka memperoleh kejayaan dalam analisis daripada ujian vaksin Fasa 3. Mereka memaklumkan keberkesanan sebanyak 90% dalam ujian vaksin Fasa 3. Berita ini menyebabkan para pelabur optimistik bahawa kehidupan normal dan ekonomi akan kembali pulih lebih pantas dan melepaskan pegangan mereka dalam aset ‘safe haven’ termasuk Gold. Gold telah mengalami kejatuhan 5.8% semalaman ke paras $1,850. Ia telah mengukuh semula beberapa hari kemudian dan naik sehingga $1,899.

Genap seminggu kemudian, pada 16 November 2020, Moderna Therapeutics mengumumkan keputusan awal ujian fasa 3 mereka dengan kadar kejayaan 94.50% dan berkata vaksin mereka dapat disimpan dalam peti sejuk selama 30 hari. Gold sekali lagi menjadi tumpuan di mana ia mencatat kejatuhan 1.4% dari $1,891 ke $1,864 selepas pengumuman Moderna.

#pergerakan selepas berita vaksin diumumkan, sila lihat reaksi harga dalam kotak biru dalam carta dibawah

Apa yang menarik perhatian adalah tindak balas pelabur terhadap berita vaksin dan kesannya kepada Gold. Gold mengalami kejatuhan ketara buat kedua-dua kali pengumuman. Dengan prospek beberapa lagi syarikat farmaseutikal (seperti Novavak, Universiti Oxford/Astra Zeneca, Bharat, Sinovac, Gamaleya) dijangka mengumumkan hasil ujian mereka dalam selang masa terdekat, ia memungkinkan volatiliti yang amat ketara ke atas Gold.

Persoalan terbesar adakah Bull gold masih dapat bertahan dengan sentimen positif pasaran daripada berita perkembangan vaksin? Pasaran kembali tenang selepas berita Pfizer/BioNTech diikuti Moderna.

Meskipun ramai beranggapan bahawa Gold akan mengalami kejatuhan berikutan perkembangan vaksin, faktor fundamental juga harus diambil kira. Federal Reserve berulang kali menekankan bahawa mereka bersedia untuk terus menyokong pasaran dengan program QE dan kadar faedah rendah sehingga 2023. Kedua belah parti di Washington juga dilaporkan bersedia untuk berbincang bagi program stimulus tambahan untuk US dan kemungkinan polisi yang lebih lembut oleh bakal Presiden Joe Biden selepas beliau mengangkat sumpah. Faktor-faktor ini dijangka akan terus menyokong kelemahan USD, dimana ia secara langsung akan memberi kesan kepada pasangan XAUUSD.

Paras support $1850 masih lagi bertahan sejak September 2020 dan sokongan kukuh di $1800 yang juga berhampiran dengan Daily MA-200. Sekiranya kedua paras ini ditembusi, barulah prospek perubahan trend untuk Gold dapat dilihat. Gold kini dijangka dalam keadaan volatili tinggi buat jangka waktu pendek tetapi Bull benar benar memerlukan satu pemangkin yang kukuh untuk memberi keyakinan kepada pasaran bahawa ia masih relevan untuk terus naik ke atas.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.