EURUSD: Minit Mesyuarat FOMC, FED Bersedia Menambah Pembelian Bon

EURUSD melonjak tajam pada hari Rabu dengan menembusi paras harga 1.1900 walaupun terdapat minat untuk bear cuba masuk ke pasaran.

USD sedikit lemah semalam berikutan Tuntutan Pengangguran Awal AS meningkat kepada 778,000 (jangkaan pasaran sebanyak 730,000) pada minggu lepas daripada 748,000 pada minggu sebelumnya. Tuntutan Pengangguran Berterusan menurun kepada 6.07 juta daripada 6.37 juta sebelumnya dan hampir dengan jangkaan konsensus. Data Pendapatan peribadi (Personal Income) merosot untuk bulan Oktober sementara perbelanjaan meningkat lebih tinggi. Indeks harga teras PCE tidak berubah untuk bulan Oktober, sedikit di bawah jangkaan 0.1%, dengan kenaikan tahun ke tahun pada 1.4% daripada 1.6%.

“Data PCE ini adalah petunjuk inflasi utama bagi Federal Reserve dan akan memperkuat jangkaan bahawa dasar monetari yang longgar diperlukan dalam usaha menaikkan kadar inflasi.”

Penerbitan Minit Mesyuarat FOMC Federal Reserve dari mesyuarat awal November dilihat lebih cenderung memberi tumpuan kepada prospek pembelian aset. Beberapa ahli jawatankuasa mencadangkan bahawa Fed dapat menurunkan jumlah pembelian aset, tetapi mereka masih menyokong sekiranya Fed membeli bon jangka panjang dan butiran minit mesyuarat secara keseluruhannya menyokong dasar monetari yang longgar.

Namun begitu, terdapat juga kebimbangan pasaran apabila Jerman melaporkan bahawa langkah-langkah kawalan pergerakan terhad akan dilanjutkan sehingga 20 Disember, memberi tekanan jangka pendek terhadap ekonomi zon euro. Dollar secara keseluruhan agak lemah dan Euro terus mengukuh semalaman dan pagi ini juga.

EURUSD diniagakan kukuh setakat tengahari Khamis dimana ia masih didagang di atas 1.1920. Resistant terdekat berada di zon psikologi 1.1900, pecahan zon support ini akan menguji paras H1-MA50 di 1.1870 diikuti kluster support kuat di 1.1800 (yang juga paras H1-MA200). Bull dijangka akan berusaha mempertahankan momentum mereka dengan cuba menawan paras resistant di 1.1965 dan pecahan ke atas lagi akan menguji paras tertinggi September 2020 di 1.2010. RSI-14 masih lagi belum mencapai zon overbought.

 

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.