XAUUSD: Analisis Terkini

XAUUSD terus didagang di sekitar paras sokongan penting $1,800 untuk hari ketiga berturut-turut. Julat dagangan turut semakin mengecil dengan high-low sejak 3 hari lepas adalah diantara $1800 – $1818. Ini memberi bayangan bahawa Gold akan mengalami satu proses konsolidasi untuk jangka pendek.

Berita mengenai ujian klinikal vaksin jelas memberi kesan kepada Gold seperti dalam laporan sebelum ini. (sila klik di sini untuk baca laporan). Dengan pasaran akan melalui cuti hujung minggu lebih awal berikutan minggu Thanksgiving. Gold dijangka tidak akan banyak berubah.

Untuk bear terus menguasai pasaran, mereka perlu memecahkan paras psikologi $1,800 dan pecahan paras ini akan mengaktifkan unjuran harga ke Fibo Extension 100 ($1,784) diikuti Fibo Extension 127.2 ($1,752). Sementara itu, bull akan melalui tugas sukar untuk kekal relevan dengan paras penting $1,850 pperlu dicapai untuk memungkinkan kenaikan semula. Ia perlu melepasi rintangan kukuh di FE61.8 ($1,827) dan MA-200 H1 di $1,850.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.