AUDUSD meningkat kepada 0.7406 di awal sesi Asia Isnin. Kenaikan ini didorong oleh data ekonomi China yang positif. Data NBS Manufacturing PMI naik 52.1 berbanding 51.4 pada bulan sebelum dan data non-Manufacturing PMI naik ke 56.4 berbanding 56.2 (unjuran pasaran 53.1). Data Inflasi Sekuriti TD Australia turut meningkat melewati -1,1% YoY menjadi 1.4% tetapi bacaan bulanan susut -0.1% berbanding dengan + 0.3% pada bulan November.
Kelemahan dollar yang luas juga menyokong pembeli AUDUSD. Indeks dolar AS (DXY) baru-baru ini jatuh ke paras terendah sejak April 2018 ke sekitar 91.70.
Pergerakan AUDUSD kini lebih dipengaruhi oleh sentimen pasaran sekarang yang tertumpu kepada perkembangan ujian klinikal vaksin coronavirus (COVID-19) dan ketegangan perdagangan/politik antara Australia dan China, serta pergolakan China-Amerika. Perkembangan rundingan Brexit turut boleh mengubah sentimen dengan pantas. Berikut adalah analisis intraday AUDUSD.
AUDUSD kini menyusut ke hampir paras pembukaan harian. Ia kini didagang di 0.7386 berbanding ketinggian tertinggi 0.7406. Daily pivot berada di 0.7377 diikuti sokongan di MA-200 (M15) di 0.7372. Paras tertinggi Jumaat di 0.7398 dan Pivot R1 di 0.7404 adalah resistant terdekat. Bull memerlukan momentum yang kuat untuk menguji paras Pivot R2 0.7424.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.