Analisis Intraday 1 Disember: EURUSD

EURUSD kembali menokok pada sesi Asia dan dijangka terus stabil selepas aktiviti jualan akhir bulan November dan pengurusan portfolio oleh pnegurus dana (end-month outflow).

EURUSD didagang di atas paras 1.1950, di mana kelemahan menyeluruh USD menyokong kenaikan, selain dari sentimen positif pasaran. Pengerusi Fed Jerome Powell turut memberi komen bahawa perkembangan terkini vaksin Covid-19 memberi sokongan kepada pasaran untuk tempoh sederhana (medium term).

Bull masih cuba memecahkan paras psikologi penting 1.2000. Ia masih gagal untuk ditutup di atas paras 1.2000. Paras tertinggi Isnin (Yesterday high) berada di 1.2002. Resistant terdekat berada di Pivot R1 1.1976, Pivot R2 berada di 1.2029. Support terdekat berada di MA-50 H1 1.1955 diikuti Daily Pivot 1.1949. Bear perlu memecahkan harga terendah semalam (1.1922) untuk mengukuhkan peluang penurunan EURUSD.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.