USDJPY kembali didagang di atas paras 104.00 selepas aktiviti penjualan USD semakin berkurangan. Selepas mencapai paras terendah 103.82, USDJPY kembali menokok walaupun dalam momentum yang agak perlahan. Sentimen agak bercampur-campur berikutan berita mengenai program stimulus baru bernilai $908 billion yang dikemukankan oleh kedua belah parti di Kongres AS. Sekiranya cadangan stimulus ini mendapat kelulusan kongres, Dollar dijangka akan terus menghadapi tekanan jualan.
Bull perlu melepasi paras 104.57 (paras tertinggi 1 Disember 2020) untuk kekal relevan dengan Pivot R1 berada di 104.50. Daily pivot berada di bawah pada paras 104.34 dan juga berhampiran MA-50. MA-200 berada sedikit bawah di sekitar 104.28. Bear akan menguasai semula pasaran sekiranya harga menembusi bawah 104.17 (1 Disember low).
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.