Bursa saham Eropah diniagakan kukuh pada hari Rabu, berjaya kembali ke paras sebelum kejatuhan awal minggu ini. Para pelabur meraikan berita positif mengenai perjanjian Brexit di antara UK dan EU.
Meskipun belum temeterai secara rasmi, rundingan antara kedua pihak kini di fasa akhir, menurut Reuters. Di mana sumber dalaman diplomatik mengatakan bahawa mereka sudah mula bersedia untuk mengimplementasikan sebarang perjanjian dari 1 Januari 2021. Dilaporkan bahawa pihak UK telah membuat kompromi besar dalam isu perikanan yang memberi peluang kepada kemajuan rundingan ini.
Indeks hadapan DAX (GER30.F) mengukuh sebanyak 1.3% pada hari Rabu, dengan menghapuskan kerugian dari kejatuhan isnin. Ia kini didagang di sekitar harga 13,585, naik lebih 560 mata dari harga terendah Isnin. Resistant terdekat berada di 13,759. Manakala indeks hadapan FTSE 100 (UK100.F) juga hampir menghapuskan kerugian awal minggu, ia kini didagang pada 6,466 mata berbanding paras terendah Isnin pada 6,263. Resistant terdekat berada di paras tertinggi 10 Disember pada 6,630 mata.
Dengan keyakinan pelabur yang tinggi terhadap kemungkinan perjanjian dapat dimeterai dalam masa terdekat, ia akan membantu memulihkan sentimen di pasaran dan memberi peluang kepada ‘bull’ untuk mengukuhkan kedudukan.
Pasaran hadapan indeks akan ditutup pada 25 Disember sempena cuti Krismas, kemungkinan akan ada aktiviti pengambilan untung oleh pelabur pada sehari sebelum. Pasaran hadapan indeks akan dibuka semula pada awal pagi Isnin 28 Disember.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.