Bitcoin: Volatili Dijangka Kekal tinggi

Bitcoin terus mengalami volatiliti tinggi sejak dari awal tahun 2021. Bitcoin telah mengukuh sejak beberapa bulan lepas dan mencecah paras tertinggi dalam sejarah hampir $42,000. Namun ia menyusut semula $9,000 ke paras sekitar $33,000.

Meskipun kenaikan BTC memberi impak positif kepada pasaran, namun ketidakstabilan harganya mengundang kebimbangan para pelabur. Selepas pasaran kripto mencapai nilai $1 trilion pada hujung minggu. Ia mengalami kejatuhan mendadak akibat aktiviti jualan berterusan pada hari Isnin dan dalam masa kurang 24 jam, pasaran kripto telah menyusut lebih $200 bilion nilaian. Kejatuhan 20% dalam masa 24 jam adalah sesuatu yang amat luar biasa jika dilihat dari sudut pasaran saham konvensional. Penganalisis dari Goldman Sach berkata:

“Pasaran matawang kripto memerlukan kestabilan dan kunci kestabilan tersebut adalah dengan penyertaan lebih banyak pelabur institutsi. Sehingga kini, pelabur institusi hanya sebanyak 1% dalam BTC.”

Dengan naratif BTC sebagai matawang safe-haven seperti Gold, para pelabur mula melihat BTC sebagai salah satu instrumen untuk melindungi perlaburan mereka. Permintaan terhadap aset digital terus meningkat ekoran ketidaktentuan ekonomi berikutan pandemik Covid-19 dan penyusutan nilai matawang utama dunia. Ia turut disokong dengan pelabur-pelabur ternama seperti Paul Tudor Jones dan Stanley Druckenmiller kini menyokong pelaburan dalam BTC. Para pengurus dana turut dilihat mula memberi perhatian kepada matawang kripto dan mula mendiverisikasikan pelaburan merakan ke dalam pasaran aset digital.

Meskipun minat dan penyertaan yang semakin bertambah dari pelbagai pihak, volatiliti BTC jelas perlu direndahkan untuk mengurangkan pergerakan harga yang luar biasa yang mungkin memberi impak kepada pelabur. Volatiliti tinggi turut memberi kesukaran kepada pelabur untuk membuat unjuran pergerakan harga masa depan. JP Morgan telah membuat unjuran BTC mungkin dapat mencapai harga $146,000 seandainya volatiliti dapat diturunkan.

Carta weekly BTCUSD kini menunjukkan penurunan ke paras 23.6% fibonacci retracement daripada swing low-high tahun 2020-2021 (2021 high- $41,894 & 2020 low- $3,762. Manakala RSI-14 menunjukkan ianya jelas berada di dalam zon overbought.

Untuk dagangan intraday, BTCUSD kini didagang di atas $33,000, ia telah menunjukkan gerakan awal death cross di mana MA-50 telah bersilang dengan MA-200 (ke arah bawah). Perhatian perlu diberikan sama ada ini adalah indikasi awal ataupun ‘sideway trap’ sedang terbentuk. Paras S1 pivot masih lagi bertahan pada $32,570 dan resistant terdekat adalah di daily pivot $34,544. Bear perlu memecahkan tembok support kukuh di $30,000 untuk terus mengekalkan penguasaan tetapi berdasarkan momentum bullish BTC sejak awal tahun, Bull dijangka akan terus disokong dan mengukuh.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.