EURUSD: Double Bottom atau Dead Cat Bounce?

Pergerakan teknikal EURUSD menunjukkan pegerakan yang kurang jelas, di mana pergerakan harga untuk minggu ini masih lagi menunjuk ke arah bawah. Permintaan terhadap US Dollar telah menekan kebanyakan matawang utama termasuk matawang EURO. Spekulasi bahawa mungkin Rizab Persekutuan (FED) akan memendekkan tempoh pembelian bon dalam program stimulus ekonomi mereka setakat hujung tahun menyebabkan pasaran bon agak ‘volatile’ dan kini kadar pulangan bon (bond-yield) 10 tahun berada di atas 1%. Selain itu, prospek stimulus tambahan yang dijangka diumumkan oleh bakal Presiden Joe Biden bernilai sekitar $2 trilion turut menyebabkan kenaikan pulangan bon 10 tahun. Inin secara langsung menyumbang kepada pengukuhan US Dollar sejak awal minggu.

Tumpuan kini terarah kepada ucapan Powel pada malam ini pada 12.30 pagi waktu Malaysia (1630 GMT) dan ia dijangka memberi petunjuk yang jelas mengenai pelan terkini FED dalam program pembelian bon.

Para penganalisis masih berpendapat kenaikan Dollar hanya sementara dan mereka melihat program stimulus oleh kerajaan dan FED akan menyokong sentimen pasaran dan secara tidak langsung melemahkan Dollar (matawang safe-haven).

EURUSD (Daily) masih lagi didagang di sekitar 1.2160 berhampiran 23.6% fibo retracement, kawasan penting yang akan menentukan sama ada penurunan atau pantulan akan berlaku. Daily MA-50 berada di bawah di sekitar 1.2050 yang juga berhampiran 38.2% fibo retracement. Dalam carta intraday (H1) Paras support sekitar 1.2130 masih lagi bertahan kukuh sejak 3 hari lepas. Bear perlu memecahkan support kukuh ini untuk memungkinkan penurunan dan pembentukan formasi ‘dead cat bounce’. Manakala bull perlu terus bertahan dan menolak harga EURUSD melepas paras 1.2222 untuk menguasai semula pasaran dan memberi pembentukan ‘double bottom’.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.