AUDNZD Terkandas di Paras Golden Ratio

AUDNZD menunjukkan pergerakan menaik yang konsisten sejak 1 Disember dan mencapai paras tertinggi 1.0840 pada 18 Januari, tetapi ia gagal mengekalkan momentum menaik dan terkandas di paras resistant penting di fibonacci retracement 61.8% (golden ratio) daripada pergerakan swing hi-low Ogos-Disember 2020. Bentuk candlestick ‘shooting star‘ 2 hari berturut-turut menekan harga AUDNZD ke bawah daripada resistant penting. Ia kini menyusut dan didagang di sekitar 1.0730 (pada ketika artikel ini ditulis)

Dengan penurunan adalah hampir pasti berikutan sentimen positif pasaran, paras 50% fib dan Daily MA200 di antara 1.0715-1.0730 menjadi kluster support penting. Pecahan support ini akan membolehkan bear kembali menguasai pasaran AUDNZD. Daily MA-50 terletak jauh di bawah berhampiran dengan 38.2 Fib di 1.0655.

 

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.