EURUSD Membentuk Formasi Head & Shoulders

Carta harian EURUSD telah menunjukkan pembentukan head & shoulder di mana bahu kanan telah terbentuk pada dagangan hari Rabu. Ia kini didagang di bawah Daily SMA-50 dan sedikit di atas ‘neckline’ di 1.2090. Sekiranya harga dagangan harian EURUSD berjaya ditutup di bawah zon neckline head & shoulder 1.2050, ia akan memberi ruang kepada ‘Bear’ untuk menguasai semula pasaran dengan paras Fibo retracement 23.6% menjadi paras support seterusnya di 1.9411.

Sentimen semasa jelas tidak menyebelahi EURO di mana pengukuhan USD secara global menyebabkan semua matawang major mengalami tekanan. Kenyataan ahli Majlis ECB Klass Knots pada sesi awal New York semalam turut memberi kesan negatif kepada Euro. Beliau dipetik berkata penggubal polisi ECB harus memotong kadar deposit di bawah paras ‘kosong’ sekiranya ianya perlu untuk mengekalkan kenaikan inflasi. Dia turut mengatakan bahawa ECB mempunyai ruang dan kaedah yang cukup untuk mengawal kenaikan nilai Euro sekiranya perlu. Kenyataan ini menyebabkan situasi negatif di pasaran di mana EURUSD ditutup -0.8% lebih rendah pada dagangan Rabu. Sementara itu, Kenyataan dovish FOMC dalam mesyuarat polisi pertama untuk tahun 2021 pada awal pagi Khamis turut gagal memberi sokongan kepada EURUSD untuk menokok semula.

Dengan sentimen semasa matawang Euro masih lagi agak negatif dan pengukuhan USD, paras 1.2050 adalah sangat penting dalam memberi halatuju EURUSD dalam jangka masa terdekat.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.