Dengan keadaan pasaran yang tertumpu kepada ‘reflation trade’, sentimen pasaran dijangka kekal positif dengan para pelabur terus melabur dalam aset berisiko. Para pelabur melihat pakej ransangan ekonomi Presiden Biden dan proses pengvaksinasi Covid-19 untuk rakyat US yang berjalan lancar akan memacu pemulihan ekonomi dan jangkaan inflasi yang meningkat.
Indeks Hadapan Dow Jones (USA30) terus mencatatkan rekod tertinggi baru di atas 31,300 mata, Indeks S&P 500 (USA500) menegejar rekod 4,000 mata, data hasil pulangan Bon-10 tahun US (yield) berada di 1.18%, manakala hasil Bon-30 tahun US melepasi paras 2% (kali pertama sejak Feb 2020).
EURUSD meneruskan pemulihan bulan Februari selepas mengalami kejatuhan sejak penghujung Januari 2021. Selepas mencatatkan harga terendah dalam 10 minggu pada harga 1.1950 pada minggu lepas, EURUSD meneruskan rali ke atas dengan menawan paras 1.2100 semalam (9 Februari 2021). Ia kini meneruskan pendakian menghampiri paras psikologi penting 1.2150. Paras ini merupakan fibonacci retracement 50% dari penurunan harga tahun 2021 dan juga paras Daily Moving Average DMA-50. Sekiranya bull berjaya menembusi paras ini, 1.2197 menjadi resistance terdekat (61.8% fib retracement). Harga tertinggi 2021 adalah pada 1.2350. Sekiranya bear kembali menguasai pasaran, paras 1.2045 merupakan support penting yang perlu diuji.
Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.