RBNZ Kekalkan kadar faedah, NZDUSD Mengukuh

Bank Negara New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar faedah pada 0.25% dalam mesyuarat pertama mereka untuk tahun 2021. Ia menepati jangkaan pasaran dimana intonasi kenyataan RBNZ sedikit ‘Hawkish’ berikutan pemulihan ekonomi yang positif. Kejayaan kerajaan New Zealand mengawal pandemik Covid-19 juga memberi impak positif kepada ekonomi. Meskipun pemulihan ekonomi New Zealand berada di dalam trek yang betul, Gabenor RBNZ Andrian Orr agak berhati-hati di dalam kenyataan beliau Ketika siding media. Beliau menekankan bahawa:

“ RBNZ bersedia dan komited untuk menambah program stimulus sekiranya perlu.”

Ia turut disokong oleh Timbalan Gabenor RBNZ Christian Hawkesby yang menyatakan Bank Pusat inginkan pengaruh kebawah (downward influence) terhadap keluk hasil pulangan bon (Bond yield).

Berikutan keputusan RBNZ, NZDUSD mengukuh ke paras tertinggi sejak April 2018. Ia kini didagangkan di sekitar 0.7370, ia kini didadagan diatas Pivot R1 weekly (0.7350) dengan Pivot P2 menjadi sasran terdekat di 0.7410. Paras Fibonacci retracement 61.8% (0.7543) dari swing high-low 2015-2021 menjadi sasaran bull sekiranya NZd terus mengekalkan momentum kenaikan. Sekiranya bear ingin menguasai semula, ia perlu memastikan harga NZDUSD didagang di bawah weekly Pivot Point 0.7250 dan di bawah Daily MA-50 (0.7200). Mengambil kira sentiment positif pasaran dan kelemahan berterusan USD, adalah agak mustahil untuk bear menguasai semula pasaran dalam jangka masa terdekat.

Untuk dagangan intraday, paras harga kini berada di daily pivot R2 di 0.7370, paras tertinggi hari ini adalah 0.7382 manakal pivot R3 berada di atas 0.7394. Kluster support terdekat berada di Daily pivot point dan SMA-50 di sekitar 0.7330. Meskipun indicator RSI-14 berada di kawasan overbought, momentum masih lagi kukuh ke atas.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.