Bull berjaya mempertahankan paras support penting 1.2000 dari ditembusi semalam. meskipun percubaan penjual dilihat berjaya apabila ia mencecah 1.1991, para pembeli kembali menguasai pasaran pada sesi New York dan melonjakkan harga ke 1.2087, paras fibo retracement 38.2% dari penurunan 25 Feb – 2 Mac. Sedikit di bawah paras tertinggi minggu ini 1.2100. Pivot R1 berada di atas di 1.2116, separas dengan 200MA- H1. Daily pivot berada di 1.2050, berhampiran kluster sokongan 50MA-H1 dan fibo retracement 23.6%.
Untuk data ekonomi hari Rabu, Markit dijangkakan menerbitkan data servis PMI untuk zon Euro dan AS. Data dijangka agak perlahan berkutan sektor servis agak terjejas dalam gelombang ke-3 Covid-19 ini. Selain itu, data ISM Service PMI turut dijangka akan diterbitkan malam ini dan data dijangka stabil di 58.7.
Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.