GBPJPY Bertahan Di Atas 151.00

GBPJPY sedikit menyusut di awal sesi London selepas Gabenor Bank England Andrew Bailey menyatakan bahawa BoE akan terus menyuntik modal ke pasaran dengan membeli pegangan bon. Keadaan sentimen pasaran agak tenang meskipun hasil pulangan Bon Kerajaan (Bond yield) terus berada di paras tinggi. Harapan pelabur melihat pemulihan ekonomi akan terus meingkat dan program stimulus US $1.9 trilion jelas membantu memulihkan sentimen pasaran. Para pelabur kini dilihat mengambil sikap tunggu dan lihat keputusan FOMC pada awal pagi Khamis dan mesyuarat BoE pada Khamis malam. Volatiliti pasaran dijangka mula meningkat pada Rabu malam.

GBP JPY kembali menaik selepas mecatatkan kejatuhan pada sesi London. GBPJPY kini didagang di atas 151.00 selepas menguji kluster support pivot S2 150.75 dan Fibo expansion FE100 (150.82). Support seterusnya di pivot S3 150.29 dan FE161.8 (150.25) akan diaktifkan sekiranya pivot S2 gagal bertahan.Manakala intraday resistance terletak dia pivot S1 dan FE61.8 (disekitar 151.17 – 151.20). Daily pivot point berada jauh di atas di 151.68.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.