GBPUSD Mendatar Menjelang Mesyuarat FOMC dan BOE

GBPUSD kekal didagang agak mendatar minggu ini menjelang dua acara penting iaitu mesyuarat FOMC FED dan mesyuarat BOE. Pasaran menjangkakan tiada perubahan daripada kedua-dua bank pusat ini. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kemungkinan BOE akan mengubah polisi pembelian bon mereka berikutan kenyataan Gabenor Bailey yang berkata bahawa BOE bersedia membeli bon di pasaran pada kadar yang lebih cepat dan agak ragu-ragu dengan kadar pemulihan ekonomi UK. Kenyataan beliau 2 hari sebelum mesyuarat BOE menyebabkan para pelabur agak tersentak di mana ia melemahkan GBP sementara tetapi GBP kini telah Kembali semula ke paras harga sebelum itu.

GBPUSD kini didagang mendatar di 1.3880 selepas jatuh ke 1.3808 semalam, pergerakan Moving Averages 50- dan 200- juga dilihat mendatar dan semakin merapat satu sama lain di sekitar 1.3890. Ini memberi indikasi bahawa julat pererakan harga dijangka kecil pada hari ini, seiring dengan sikap am para pelabur yang mengambil langkah tunggu dan lihat setiap kali menjelang mesyuarat polisi bank pusat.

Berikut adalah paras penting menjadi tumpuan pada hari ini. Pivot Point: 1.3868, S1 13.831,  weekly low 1.3808, R1 1.3928, weekly high 1.3948, R2 1.3965. Pergerakan RSI-14 masih lagi dalam zon neutral berhampiran 50. Chart pattern menunjukkan formasi bullish flag dengan trnedline atas kini sedang diuji.

 

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.