USDJPY: Posisi COT JPY Berubah Kepada ‘Short’

Selepas mencatat kelemahan sepanjang tahun 2021, akhirnya para pelabur telah mengambil kedudukan dalam ‘short’ JPY di pasaran hadapan. Data CFTC Commitments of Traders (COT) pada 16 Mac menunjukkan kedudukan posisi COT JPY berubah dengan posisi ‘Long’ telah diatasi dengan posisi ‘Short’ sebanyak -39.4K. Kali pertama sejak Mac 2020 sebelum kejatuhan pasaran akibat Covid-19. Dengan keadaan spekulatif ‘Long’ USD semakin bertambah dalam data COT. Ia memberikan ruang untuk kenaikan USDJPY dalam jangka masa sederhana.Gambarajah 1: Kedudukan posisi COT JPY sehingga 16 Mac 2021. (Sumber FXStreet.com)

Sentimen pasaran yang semakin pulih berikutan program vaksinasi Covid-19 yang semakin menunjukkan kemajuan dan pemulihan ekonomi dunia jelas memberi kesan kepada matawang ‘safe haven’. Para pelabur dilihat mula memberi perhatian kepada aset yang lebih ‘volatile’ seperti pasaran saham dan ia menyebabkan penurunan JPY, CHF dan Gold. Selain itu, aktiviti penjualan di pasaran bon perbendaharaan Amerika menyebabkan kada ‘bond-yield’ perbendaharaan meningkat. Ini jelas menyebabkan permintaan tinggi terhadap dagangn ‘reflation’ dan terus menekan matawang ‘safe haven’.

USDJPY telah melalui ‘Bull run’ yang agak Panjang sejal awal Januari 2021 dimana ia telah menaik sebanyak 6.5% dari paras terendah Januari 2021 102.64 ke paras tertinggi Mac 2021 109.35. Ia kini menyusut sedikit dan kini didagang sekitar 108.50. Paras tertinggi 2020 pada 109.84 merupakan resistance yang perlu dipecahkan oleh Bull sekiranya ianya ingin teruskan momentum menaik. Support terdekat berada di 23.6% Fibo retracement di 107.75. MA-50 dan MA-200 telah menunjukkan pergerakan golden crossing, memungkinkan ‘Bull’ meneruskan penguasaan untuk pasangan USDJPY. RSI-14 kini telah menyusut di bawah zon overbought. USDJPY mungkin akan melakukan Gerakan ‘correction wave’ dalam masa terdekat.

 

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.