USD dollar meneruskan rali ke atas meskipun cubaan menguji paras 93.00 gagal pada minggu lepas, Ia mencapai paras tertinggi 92.92 sebelum ditutup pada hujung minggu sedikit rendah di 92.69. Data Non-Farm Payroll dijangka memberi hala tuju lebih jelas untuk USD pada minggu ini. Ia kini berada di Kawasan zon 23.6% Fibonacci retracement (92.63) daripada swing high-low 2020-2021, dan juga berada diatas daily 50-MA. Paras psikologi 93.00 menjadi sasaran penting oleh ‘Bull’ untuk dipecahkan bagi memastikan rali ke atas terus mendapat momentum. Sementara itu, ‘Bear’ mempunyai tugas sukar untuk kekal relevan dengan paras support terdekat berada di 91.28 dengan pererakan daily 200-MA juga menuju ke zon support yang sama.
Sementara itu, matawang EURO mengalami minggu yang bercampur-campur pada minggu lepas.
EURO mengukuh berbanding dengan matawang komoditi tetapi terus menyusut keparas lebih rendah berbanding US Dollar. Meskipun data PMI daripada Zon Euro agak baik pada minggu lepas, keadaan rumit berkenaan dengan kenaikan kes Covid-19 di negara Eropah jelas menekan semula sentiment matawang Euro. Perancis telah melaksanakan semula kawalan pergerakan di beberapa daerah dan negara Eropah lain turut bercadang melaksanakan kawalan pergerakan untuk membendung penularan semula kes Covid-19.
EURUSD ditutup lemah pada minggu lepas di bawah paras 1.1800. Bear jelas menguasai EURUSD untuk jangka pendek dengan paras terendah tahun 2021 terus dicatatkan pada minggu lepas Support terdekat dijangka akan diuji di 1.1745 dan paras Fibonacci retracement 38.2% daripada swing low-high 2020-2021 di 1.1688 akan menjadi benteng pertahanan kukuh buat Bull. EURUSD kini didagang di bawah MA-50 dan MA-200 buat kali pertama sejak Mei 2020. Paras SBR di 1.1832 adalah sasaran resistant terdekat diikuti Kawasan Fib 23.6% di 1.1937. Dengan situasi paras ‘Bond-Yield’ Perbendaharaan AS masih berada di paras tinggi dan sentiment dagangan reflasi (Reflation Trade), pengukuhan USD akan terus menekan pergerakan EURUSD ke bawah.
Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.