USOIL kekal kukuh walaupun berita kapal Ever Given yang berjaya diapungkan semula di Terusan Suez, kenaikan hasil bon dan pengukuhan Dollar AS. USOIL ditutup tinggi di akhir sesi New York pada $61.49 dan melonjak setinggi $62.21 di awal sesi Asia sebelum menyusut semula ke $61.32 pada awal sesi Eropah.
1 April akan menjadi tarikh tumpuan untuk pedagang minyak di mana OPEC+ akan mengadakan pertemuan. OPEC+ dijangka akan berbincang mengenai langkah seterusnya dalam pengeluaran minyak selepas 1 Mei. Pada mesyuarat yang lalu, OPEC+ telah bersetuju mengurangkan pengeluaran sebanyak 150 juta tong sehari dengan pengecualian kepada Russia dan Kazakhtan, dua negara ini dibenarkan menaikkan sedikit pengeluaran minyak mereka. OPEC+ dijangka akan mengambil langkah berhati-hati pada mesyuarat kali ini berikutan keadaan pergerakan harga USOIL agak kurang stabil, meskipun pada awal bulan Mac para penganalisis menjangkakan OPEC+ akan sedikit agresif.
Dari perpektif teknikal USOIL (H4) dilihat menguji paras resistant $62.00 dan MA-200 (H4) tetapi gagal ditutup melepasi paras ini. Ia kini berlegar di sekitar paras 38.2% fib retracement swing hi-lo Mac 2021 di sekitar $61.20 yang juga paras RBS yang agak kukuh. Bear dilihat perlu menekan harga ke bawah $60.00 untuk kekal relevan dimana seiring dengan paras support MA-50. Harga terendah direkodkan pada Mac ialah pada $57.21.RSI menunjukkan pola pergerakan menaik tetapi dengan momentum yang semakin perlahan.
USOIL mungkin akan mengalami konsolidasi pada masa pendek dengan pelabur dilihat akan menunggu data simpanan Inventori API pada awal pagi Rabu dan keputusan OPEC+ pada Khamis.
Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.