GBPUSD Membentuk Konsolidasi Intraday

GBPUSD dilihat sedang melakukan konsolidasi dan membentuk ‘triangle pattern’ dalam jangka masa dangangan H1. GBPUSD kini didagang di sekitar 1.3750-60. Pergerakan MA-50 dan MA-200 sedang menunjukkan pergerakan ‘convergence’, salah satu indikasi bahawa konsolidasi sedang berlaku.

Harga tertinggi minggu ini terletak di 1.3845, Kawasan sasaran terdekat untuk Bull terus kekal relevan. Sementara itu, Bear perlu memecahkan paras 1.3700 untuk kekal menguasai pasaran, GBPUSD mencatatkan penurunan pada bulan Mac lepas berikutan pengukuhan Dollar Amerika.

Selepas data GDP UK mencatatkan pertumbuhan positif semalam, Data akhir UK Manufacturing PMI bulan Mac akan diterbitkan hari ini dan ia akan memberikan volatiliti kepada matawang pound. Isu lonjakan semula kes Covid-19 di Eropah jelas tidak memberikan tekanan kepada GBP, sebaliknya kejayaan UK mengawal Covid-19 selepas perintah kawalan pergerakan selama sebulan dan penerimaan vaksin AstraZeneca di Eropah dilihat memberi sokongan kepada matawang GBP.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.