Pasaran Mingguan – April – Minggu ke-2
Tumpuan minggu ini beralih dari data Bon ke Inflasi kerana CPI AS melangkaui jangkaan, mendorong pasaran saham lebih tinggi dan menekan USD dan hasil pulangan bon lebih rendah. Jualan Runcit (Retail Sales) pada esok mungkin penting, sementara Musim Perolehan (Earning report) bermula hari ini dan China akan melaporkan kemungkinan data GDP yang tinggi pada hari Jumaat.
Kadar pengganguran (Unemployment) kekal tinggi di peringkat global dan Tuntutan pengangguran minggu lalu meleset lagi, dengan jumlah yang melebihi 700,000 pada 744,000. Konsensus minggu ini adalah untuk kemungkinan kekal di atas 700,000.
Pelaksanaan vaksin terus mendorong sentimen, dengan AS dan UK memimpin negara berpendapatan tinggi, dan EU dan Jepun masih jauh ketinggalan. India dan Brazil tetap menjadi titik utama jangkitan ketika data menunjukkan 27 negara terkaya memiliki 40% bekalan vaksin, walaupun pada hakikatnya mereka hanya memiliki 11% dari populasi global.
Pasaran FX terus volatil dengan USD terus menyusut dan membalikkan kenaikan Mac. USDIndex jatuh dari 92.50, di bawah 92.00, untuk menguji zon 91.50. EURUSD bergerak naik dan bertahan di atas 1.1900 untuk menguji 50-DMA pada 1.1965. USDJPY bergerak lebih rendah, menguji di bawah 109.00, dan GBPUSD naik dari 1.3660 kembali ke pertengahan 1.3700.
Pasaran saham global meneruskan penggiliran dari stok teknologi pertumbuhan tinggi kepada kewangan, tenaga, dan industri menjelang Musim Pendapatan Q1. Sekali lagi minggu ini, ketiga-tiga pasaran utama AS mencatat tahap tertinggi dalam sejarah. USA100 berniaga lebih dari 14,000, USA30 lebih dari 33,500 dan USA500 lebih dari 4,140.
Harga Emas menurun dari kenaikan $1758, tidak dapat menahan penembusan lebih dari $1745, tetapi ketika USD menyusut, ia telah mendatar sekitar $1740. Bitcoin melambung tinggi minggu ini, menembusi tahap $60,000 untuk mencatatkan tertinggi sepanjang masa baru lebih dari $64,000. IPO Coinbase yang semakin hampir akan meningkatkan sentimen cryptocurrency; Reuters menyebutnya sebagai “langkah terbaru dalam perarakan crypto ke arus perdana”.
Harga USOil mendatar sekitar $60.00 setong kerana akibat kenaikan pengeluaran OPEC+, seimbang dengan prospek ekonomi yang semakin baik seperti yang diramalkan oleh IMF minggu lalu dan peningkatan aliran data ekonomi.
Hasil Nota Perbendaharaan 10-tahun AS berada di atas tahap psikologi 1.50% tetapi telah menyusut semula untuk menguji tahap 1.60%. Lelongan minggu ini menyaksikan permintaan yang lebih baik daripada yang dijangkakan untuk nota perbendaharaan utama kerana berada pada tahap 1.68%.
Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Stuart Cowell
Head Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.