Microsoft dan Google Memulakan Pesta Laporan Kewangan Syarikat Gergasi Teknologi

Hari Selasa 27 April akan menjadi hari ‘blockbuster’ untuk minggu ini bagi laporan kewangan suku tahun syarikat korporat di Amerika. Syarikat gergasi di Wall Street dijadualkan membentangkan laporan kewangan berakhir suku pertama 2021 di mana Microsoft Corp dan Alphabet Inc. (Google) akan melaporkan laporan kewangan syarikat masing-masing.

Nilai syarikat Microsoft (MT5: #Microsoft) mencecah hampir $2 trilion menjelang laporan kewangannya selepas pasaran ditutup pada Selasa. Para penganalisis meramalkan laporan kewangan Microsoft kekal kukuh dengan kenaikan pulangan (revenue) sebanyak $41 bilion, menokok 17% berbanding tahun lalu dengan pulangan sesaham (Earning per share) sebanyak $1.78, berbanding $1.40 pada tahun lalu. Harga saham Microsoft melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah di mana ia ditutup tinggi pada $261.34 pada akhir sesi New York. Kenaikan lebih 18% dalam tahun semasa. Produk utama syarikat Azure dan Office 365 Cloud dijangka kekal kukuh dan para penganalisis melihat sektor enterprise dan penjualan ‘hardware’ Microsoft Kembali meningkat pada awal 2021. Para penganalisis dari Bank utama melihat kemungkinan saham Microsoft terus melonjak dengan Wedbush melihat sasaran harga saham $300 untuk jangka masa terdekat manakala Citi mengunjurkan kenaikan ke $302 (sebelum ini $292) dan J.P.Morgan meletakkan saham Microsoft di dalam kategori ‘Overweight’.

Alaphabet Inc, (MT5: #Alphabet) yang merupakan syarikat induk Google turut dijangka akan melaporkan laporan suku tahunan pada hari yang sama. Para penganalisis turut menjangkakan laporan kewangan Alphabet positif untuk suku pertama tahun 2021. Selepas keputusan laporan kewangan di luar jangkaan pada suku ke-4 2020, konsensus pulangan sesaham menokok ke $15.88 sesaham, naik lebih 60% berbanding pulangan tahun lalu. Pendapatan syarikat dijangka pada $51.68 bilion ($41.15 bilion pada tahun lepas), kenaikan lebih 25% berbanding tahun lalu. Jangkaan pendapatan meningkat disebabkan oleh kenaikan semula pendapatan syarikat dalam pengiklanan digital pasca pandemik Covid-19 dan juga perkembangan produk bisnes utama Google Cloud. Harga saham #Alphabet kini turut berada dalam paras tertinggi dalam sejarah, ia ditutup pada $2326.59 pada akhir sesi New York.

Harga saham Alphabet telah menokok lebih 80% sejak setahun lalu, jauh lebih tinggi daripada kenaikan S&P500 (US500) yang mencatatkan kenaikan lebih 49% pada selang waktu yang sama.

Kebanyakan penganalisis pasaran meletakkan saham Alphabet dalam kategori rating ‘Buy’ dengan tiada langsung meletakkan dalam kategori rating ‘Sell’, unjuran pasaran untuk harga Alphabet dalam jangka terdekat ialah pada $2,509 sesaham.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.