Pasaran ekuiti Asia diperdagangkan bercampur susulan sesi AS yang positif selepas sentimen positif berikutan pelonggaran sekatan COVID
Nasdaq diniaga negatif dengan teknologi yang tertekan oleh kerugian dalam stok syarikat berkaitan ‘work from home’.
Ketua Fed Powell mengatakan ekonomi telah berkembang dan sedang membuat kemajuan tetapi menambah ekonomi masih belum keluar dari risiko.
Di pasaran FX, USDIndex naik semula ke paras 91.00 dan memaksa penurunan sedikit EURUSD yang jatuh di bawah tahap 1.2050 dan berdekatan 100DMA, sementara GBPUSD juga jatuh ke bawah paras 1.3900. USDJPY terus naik dari paras terendah dengan tahap 109.00 kekal paras sokongan kukuh untuk pasangan ini, sementara AUDUSD turut jatuh bawah 0.7750 selepas RBA mengekalkan kadar utamanya pada 0.10% dan parameter program QE seperti dijangkakan.
XAUSUD masih gagal menembusi paras penting $1800, dan ia kini didagang agak mendatar. USOIL turut mendatar dan diniagakan di atas paras $64.00 setong.
Menarik hari ini: UK manufacturing PMI, US factory orders, NZ unemployment, ECB’s Villeroy, Fed’s Daly, Kaplan
Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.