Bitcoin Jatuh Dan Bangkit Semula, Adakah Volatiliti Akan Kekal Tinggi?

Pasaran kripto menjadi medan mangsa volatiliti pasaran apabila harga BTC/USD menjunam sehingga $30,000 semalam. Menyebabkan panik dikalangan pelabur dimana nilai pasaran kripto jatuh $700 bilion.

Penurunan ini sebenarnya bermula pada 12 Mei apabila Elon Musk membuat ciapan twitter memberitahu bahawa Tesla tidak akan menerima bayaran melalui Bitcoin berikutan impak berat kepada kewangan syarikat.

Ia menyebabkan BTC/USD jatuh 30% pada minggu lepas. Dan Musk terus menjadi tumpuan apabila berkata syarikatnya tidak menjual pegangan BTC mereka. Walaubagaimnapaun, BTC bertambah parah pada minggu ini apabila pegawai kerajaan China memberi amaran mereka akan bertindak tegas terhadap institusi kewangan yang menggunakan aset digital. Meskipun ini bukan perkara baharu, pegawai China berkata mereka akan menggandakan usaha berikutan volatiliti pasaran kripto yang memudahkan manipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ini menyebabkan sentimen ‘risk-off’ di pasaran kripto. BTC/USD menjunam ke paras $30,000 sebelum melantun semula dan kini didagang hampir $40,000. Ia jelas gagal ditutup bawah daily MA50. Paras $40,000 merupakan kawasan resistant penting dimana penembusan ke atas akan mengaktifkan SBR resistant di $47,000. Paras tertinggi Mei berada di $59,575. Paras $30,000 menjadi paras support psikologi penting buat masa sekarang. Keadaan pasaran kini dilihat kembali tenang dan didagang dalam julat yang lebih kecil.

Pelabur besar dan terkenal kripto, Mike Novogratz menjelaskan semalam bahawa kejatuhan Rabu hanyalah ‘liquiditation event’ dan ianya hanyalah sebahagian daripada proses normal. Beliau menjangkakan BTC akan konsolidasi di sekitar $40,000 – $55,000 dalam jangka masa terdekat.

Apa yang menarik perhatian adalah indeks saham US dimana USA30 (DOW JONES), USA100 (NASDAQ) dan USA500 (SP500) dilihat terkesan dari sentimen di pasaran kripto dimana ia turut menunjukkan pergerakan seiring jatuh ke paras rendah sebelum melantun naik semula. Ia merupakan pergerakan dinamik yang menarik yang perlu diberikan perhatian pada masa hadapan.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.