Mesyuarat RBNZ: NZDUSD Terus Mengukuh

NZDUSD mengukuh pasca mesyuarat polisi bulanan oleh Bank Rizab New Zealand (RBNZ) pada pagi ini. RBNZ mengekalkan polisi matawang pada kadar (OCR) 0.25%, manakala peruntukan untuk program LSAP dan dana untuk program pinjaman (Lending Program) turut dikekalkan. Ia seiring dengan unjuran ANZ Bank dalam kenyataan mereka baru-baru ini menjangkakan RBNZ akan mula menaikkan kadar pada Ogos tahun depan.

Apa yang menarik, RBNZ mengunjurkan kadar polisi pada 0.25% pada September 2021, naik kepada 0.31% pada Jun 2022 dan unjuran naik 0.49% pada September 2022 dan 1.78% pada Jun 2024.

Selain itu, RBNZ turut menyemak semula unjuran inflasi kepada 1.5% untuk Jun 2022 berbanding unjuran 1.4% sebelum ini. RBNZ menegaskan bahawa mereka akan mengekalkan polisi matawang yang longgar sehingga mereka yakin bahawa sasaran inflasi dan objektif sektor buruh tercapai. Meskipun RBNZ agak ‘hawkish’ pada mesyuarat kali ini, mereka turut menegaskan bahawa ia akan mengambil masa dan kesabaran untuk mencapai sasaran yang ditetapkan, selain itu mereka turut masih melihat dengan rapat risiko berkenaan dengan Covid-19.

Gabenor RBNZ Andrian Orr dalam sidang media berkata bahawa tekanan harga ekonomi sekarang dijangka hanya sementara dan sektor perniagaan menunjukkan tanda-tanda peningkatan pelaburan. Beliau turut menjelaskan bahawa RBNZ yakin dalam menggunakan unjuran kadar (OCR) sebagai panduan masa hadapan kepada pasaran.

NZDUSD melonjak naik hari ini, ia kini mula menguji paras resistant di 0.7315, paras tertinggi sejak Mac 2021. Sekiranya pars ini gagal bertahan, paras tertinggi 2021 0.7465 akan menjadi sasaran seterusnya. MA-50 Daily berada di bawah di 0.7141. berdasarkan sentimen semasa, di aman kelemahan USD dan intonasi positif dari RBNZ, Bull dijangka kekal menguasai pasaran buat jangka pendek.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.