USDJPY: Bull Kekal Dominan

USDJPY mencatat paras tertinggi baru dalam 15 bulan apabila mencapai paras tertinggi sejak Mac 2020, ia mencatat harga 111.62 selepas rali kenaikan yang konsisten sejak awal Mei 2021. USDJPY turut mencatatkan kenaikan banyak pada minggu terakhir Jun. Meskipun sentimen pasaran semasa agak suram dan sedikit ‘risk-off’ berikutan kebimbangan para pelabur dalam kes Covid varian Delta yang semakin cepat meningkat di seluruh dunia dan pengukuhan JPY selaku matawang safe-haven, ia masih lagi gagal membantu ‘bear’ dalam menekan USDJPY ke bawah semula. Pengukuhan Kenaikan USDJPY ini banyak disokong oleh pengukuhan US Dollar dimana USDIndex mencatatkan prestasi terbaik bulan Jun dan kini berada di paras tertinggi sejak Mac 2021.

Perubahan intonasi oleh  Rizab Persekutuan US (FED) dalam mesyuarat polisi FOMC mereka jelas memberi sokongan kepada kenaikan hasil perbendaharaan, sekaligus menyumbangkan kepada kenaikan USDJPY (USDJPY merupakan matawang berkadar selari dengan hasil perbendaharaan (Yield)). FED dilihat semakin ‘hawkish’ di mana mereka telah mengunjurkan kenaikan kadar sebanyak 2 kali pada tahun 2023. Komen oleh Presiden FED Dallar Robert Kaplan (Hawkish) yang mengatakan inflasi tinggi akan berlarutan sehingga tahun hadapan dan beliau mahukan FED melakukan ‘tapering’ lebih awal jelas menyokong sentimen ‘Bull’ di dalam pergerakan USDJPY.

USDJPY kini diniagakan di sekitar 111.50, susut sedikit daripada paras tertinggi Khamis 111.62. resistant terdekat kini berada di 111.70 diikuti paras 112.22. Support terdekat kini berada di 111.10. Manakala pergerakan MA-50 dan MA-200 H1 menunjukkan pergerakan keatas. Meskipun RSI-14 kini berada di zon overbought, pergerakan harga masih lagi belum menunjukkan sebarang retracement mungkin akan berlaku.

Para pelabur juga dilihat optimis dalam data NFP bulan Jun menjelang penerbitan laporan bulanan NFP pada Jumaat. Laporan sektor Buruh ini akan menjadi penentu hala tuju USDJPY seterusnya untuk jangka pendek.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.