Adakah NFP Punca Kelemahan USD?
USD dilihat lemah selepas keputusan NFP, apakah sebab utama kelemahan USD pada Jumaat malam? Data NFP Julai agak bercampur-campur dengan data NFP melebihi jangkaan tetapi kadar unemployment naik sedikit. Sinonim dengan ungkapan ‘Buy The Rumors, Sell Then News’ selepas data NFP, punca utama kelemahan USD adalah disebabkan sentimen aktiviti pengambilan untung selepas pengukuhan Dollar sepanjang minggu. Aktiviti pengambilan untung juga berlaku berikutan Angka Option Expiry yang besar dan juga menjelang cuti hujung minggu sempena hari “Independence Day US”. USD Indeks kini didagang naik sedikit pada sesi Asia di 92.31, naik dari paras terendah 92.15 pada Jumaat lepas. Paras tertinggi Julai masih merupakan resistant terdekat di 92.74. MA-50 H1 beradi sedikit di atas di 92.42 dan MA-200 H1 merupakan support terdekat di 92.00
Adakah data NFP bulan Julai akan mempengaruhi polisi FOMC?
Data NFP Julai agak bercampur-campur dengan data NFP melebihi jangkaan pada 850K kerja baru (anggaran 700K) tetapi kadar unemployment naik sedikit ke 5.9% berbanding jangkaan 5.7%, manakala Average Hourly Earnings (MoM) dicatat pada 0.3% berbanding bulan lepas 0.4%. Meskipun data bercampur-campur dan USD lemah selepas aktiviti pengambilan untung, prospek unjuran pengukuhan USD masih tidak terancam dalam jangka masa pendek.
Data sektor buruh ini adalah antara indikasi utama digunakan Rizab Persekutuan (FED) dalam merangka polisi matawang, sektor buruh US terus menunjukkan pemulihan konsisten seiring dengan data indikator ekonomi lain. Meskipun data unemployment sedikit tinggi, kemajuan dalam peluang pekerjaan baru (NFP) masih memberi sinar positif kepada FED. Data NFP bulan Julai dijangka tidak mengubah fokus FED dalam mesyuarat polisi Julai. Selain itu, ahli FOMC akan melihat kepada keseluruhan trend pergerakan sektor buruh berbanding dengan data satu bulan sahaja. Sehubungan itu, faktor fundamental masih lagi menyokong kepada pengukuhan USD berikutan keputusan FOMC Jun yang mengunjurkan kenaikan kadar pada 2023. Data NFP juga merupakan data impak tinggi berikutan para pelabur kini melihat data ini akan menjadi latar belakang dalam spekulasi sekitar program tapering oleh Rizab Persekutuan
Tumpuan penting pada minggu ini adalah pada awal pagi Khamis di mana minit mesyuarat FOMC bulan Jun akan diterbitkan. Para pelabur akan memberikan tumpuan terhadap bias hawkish atau dovish dalam mesyuarat ini dan perincian hujah ahli FED. Tumpuan akan terarah kepada komen dan hujah 7 ahli FOMC yang mengundi untuk menaikkan kadar lebih awal pada 2022 seperti dalam ‘dot-plot’. Kebanyakan pelabur melihat minit FOMC ini sebagai satu indikasi pergerakan USD sepanjang bulan Julai.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.