XAUUSD mencatatkan prestasi yang agak teruk pada bulan Jun 2021, jatuh sehingga $1750 yang mana ia juga prestasi bulanan terburuk sejak November 2016. Kelemahannya disebabkan oleh unjuran dot-plot yang menjangkakan dua kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC pada Jun lepas.
Walaubagaimanapun, XAUUSD melonjak kembali ke paras tertinggi Julai pada $1815 pada dagangan hari Selasa apabila pasaran US dibuka semula selepas cuti Hari Kemerdekaan pada Isnin. Walaubagaimanapun, Bull gagal bertahan di atas $1800 dimana Bear Kembali menguasai dan menekan semula harga XAUUSD kembali ke $1794 pada ketika artikel ini ditulis. Meskipun data ekonomi US agak teruk dimana servis ISM US jauh lebih rendah dari unjuran dan data bulan lepas, ia masih lagi gagal kekal diatas $1800.
Dengan minit mesyuarat FOMC dijangka diterbitkan pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia), Bear dilihat masih lagi mengekalkan cengkaman ke atas harga XAUUSD buat masa sekarang. Perhatian juga harus diberikan kepada sentimen semasa yang agak tidak menentu dimana gelombang jangkita Covid-19 varian Delta kini merebak ke kawasan Eropah dan US diikuti ketidakpastian OPEC dalam perbincangan mereka untuk kapasiti pengeluaran minyak mentah untuk separuh kedua tahun 2021. Komen yang tidak konsisten dari ahli OPEC jelas menimbulkan kegelisahan para pelabur dan ia mungkin menyebabkan permintaan meningkat terhadap XAUUSD.
Dagangan harian XAUUSD kini berada di $1795, paras SBR (support become resistance) yang agak kukuh. Indikator MA-50 H1 turut berada di dalam kawasan kluster ini yang membantu menahan kejatuhan XAUUSD. Support seterusnya di fibo retracement 50% di $1,782 akan diaktifkan sekiranya paras fibo retracement 38.2% ($1790) gagal bertahan. Paras tertinggi harian di $1814 menjadi resistance penting. Namun begitu XAUUSD perlu melepasi paras psikologi $1800 untuk membolehkan Bull kekal relevan.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.