Verizon: Persaingan 5G Semakin Sengit

Syarikat gergasi teknologi telekomunikasi Verizon Communications Inc. (MT5: #Verizon) yang didagangkan di NASDAQ akan melaporkan pendapatan suku kedua 2021 pada hari Rabu, 21 Julai jam 8.30 pagi waktu timur (Eastern Time). Verizon Communication Inc. ditubuhkan pada tahun 2000. Ia akan menjadi tumpuan utama para pelabur berikutan keputusan suku tahun pertama yang kukuh pada April lepas. Syarikat Verizon yang cabang utama perniagaannya di dalam pembekal teknologi, komunikasi, informasi, produk hiburan dan servis. Verizon melaporkan pendapatan sebanyak $128.3 bilion untuk tahun kewangan 2020.

Meskipun bursa saham Amerika mencatatkan kenaikan kukuh pada tahun 2021 di mana S&P500 mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah, harga saham Verizon kekal didagangkan mendatar di dalam julat kecil di antara $53.83 – $59.84. Namun begitu, Verizon tetap menjadi perhatian para pelabur berikutan pulangan kadar dividen yang menarik dan konsisten. Penganalisis pasaran Simon Flannery (1) dari Morgan Stanley melaporkan bahawa mereka menjangkakan laporan suku tahun kedua yang kukuh daripada Verizon, di mana pulangan positif daripada pendapatan pasca-bayar (postpaid) dan perakaunan M&A penggabungan unit Verizon Media akan meningkatkan pendapatan sesaham. Beliau turut melaporkan bahawa peningkatan pendapatan sebanyak 5.1% untuk servis tanpa wayar. Para pelabur turut akan memberi perhatian kepada laporan kewangan berkaitan perniagaan komunikasi 5G Verizon di mana kadar persaingan untuk cabang perniagaan ini dijangka meningkat berikutan usaha agresif oleh pesaing Verizon iaitu T-Mobile US dan AT&T.

Zacks Equity Research (2) menjangkakan kadar pendapatan sebanyak $32.62 billion, pertumbuhan lebih +7.1% y/y. Manakala pendapatan per saham (EPS) dijangka pada $1.29, kenaikan +9.32% y/y. Berikutan itu, Zacks turut mengunjurkan pendapatan tahunan sesaham pada $5.11 (EPS) dan pendapatan $134.1 billion. Dimana Zacks mengekalkan ranking Verizon sebagai #3 (hold).

Saham #Verizon didagang di dalam julat kecil sejak awal tahun 2021 di antara $53.83-$59.84. Ia didagang rendah jika dibandingkan dengan kenaikan indeks utama S&P500 yang mencatat kenaikan lebih 20% pada tahun 2021. Saham Verizon kebiasaannya akan mengukuh menjelang dan pasca penerbitan laporan kewangan suku tahun berikutan peningkatan minat pelabur. $55.50 merupakan kawasan support terdekat manakala MA-50 dan MA-200 masing-masing di $57.00 dan $57.70 merupakan resistance terhampir. RSI-14 dilihat kekal berada dalam keadaan neutral, dan saham Verizon masih belum pernah melepasi paras overbought atau oversold sejak Februari lepas.

 

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.

Sumber:

(1) https://www.investors.com/news/technology/verizon-stock-buy-now/

(2) https://finance.yahoo.com/news/verizon-communications-vz-reports-next-190007774.html