Pergerakan XAUUSD Bergantung Kepada FOMC

Harga emas (XAUUSD) dilihat didagang di dalam julat yang kecil sejak minggu lepas dan ia akan berterusan sehingga awal pagi Khamis dimana jawatankuasa polisi matawang Rizab Persekutuan (FOMC) akan mengumumkan hasil keputusan mesyuarat polisi FOMC pada 27-28 Julai 2021.

Selepas keputusan mesyuarat dan pernyataan yang agak hawkish oleh FOMC pada mesyuarat Jun lepas, pasaran menjangkakan mesyuarat pada bulan Julai tidak akan memberi impak besar kepada pasaran. FOMC dijangkakan agak neutral pada kali ini. Kemungkinan ini disokong oleh kenyataan daripada Pengerusi Fed Jerome Powell sewaktu memberi penerangan berkenaan polisi matawang di hadapan Kongres AS, beliau mengatakan Fed akan mengambil jalan bersabar dalam menilai polisi matawang dan kadar faedah.

Beliau menegaskan bahawa pasaran buruh masih lagi jauh daripada mencapai tahap yang diinginkan oleh bank pusat sebelum bank pusat mengurangkan program sokongan mereka dan keadaan inflasi sekarang yang tinggi akan menyejuk semula dengan pantas.

Beliau turut memberikan jaminan kepada pasaran bahawa Fed akan memberi indikasi awal kepada pasaran sekiranya mereka akan mengurangkan kadar pembelian aset di pasaran atau di dalam bahasa mudah “Tapering”. Tumpuan utama akan terarah kepada kenyataan daripada FOMC, dan ketiadaan sesi sidang media untuk mesyuarat Julai mungkin mengurangkan volatiliti harga XAUUSD selepas pengumuman FOMC.

Meskipun harga XAUUSD menokok ke paras tertinggi Julai $1834 selepas testimoni Powell, emas gagal bertahan dan kini menyusut semula dan didagang di bawah paras psikologi $1800. Paras MA-200 dan MA-50 harian masih lagi merupakan paras resistant yang kukuh di dalam julat $1820-$1833. Kawasan $1790 merupakan kawasan support yang kukuh di masa sekarang dan harga XAUUSD masih belum lagi berjaya ditutup di bawah paras ini sejak 6 Julai lepas. Paras terendah Jun di $1750 akan menjadi tumpuan dan juga paras support psikologi yang penting sekiranya harga XAUUSD tertekan pasca FOMC Khamis ini.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.