PayPal Terus Berdaya Saing Dengan Produk Kripto

PayPal Holdings, Inc. syarikat penyedia platform pembayaran digital ditubuhkan pada 19998 dan ibu pejabatnya terletak di San Jose California. PayPal merupakan peneraju utama dalam kewangan digital di mana ia menyediakan platform kepada pembeli dan penjual dalam memudahkan fasilitasi transaksi pembayaran. Antara portfolio produk PayPal Holding adalah PayPal, Venmo, Xoom, One Touch. PayPal akan mengumumkan laporan kewangan suku ke-2 2021 pada 28 Julai 2021 selepas pasaran ditutup.

Pada  Oktober2020, PayPal mengejutkan pasaran dengan mengumumkan dengan melancarkan servis terbaru yang membenarkan penggunaan membeli, menjual dan memegang matawang kripto. Ia kini menjadi antara sumber pendapatan terbesar kepada PayPal. Terkini, PayPal mengumumkan bahawa ia telah menaikkan had transaksi matawang kripto dari $20,000 ke $100,000 dan membatalkan had tahunan. Jurucakap PayPal dipetik berkata keputusan ini dilakukan seiring dengan keperluan dan kehendak pelanggan mereka.

Pandemik Covid-19 jelas memberi impak positif kepada syarikat berkaitan teknologi atas talian di mana peningkatan perbelanjaan di atas talian (e-commerce) melonjak tinggi berikutan perintah kawalan pergerakan dan ianya secara langsung meningkatkan transaksi pembayaran dan volum pembayaran pada suku ke-2 tahun 2021. Penganalisis pasaran Zacks.com mengunjurkan kenaikan akaun pengguna sebanyak 16.8% (y/y) di 404 juta akaun pengguna aktif. Di mana transaksi pembayaran menggunakan produk PayPal dianggarkan pada 43.2 juta transaksi berbanding suku sama tahun lepas dengan volum pembayaran keseluruhan pada $296.01 bilion (kenaikan 33.5%).

(Sumber: Money CNN)

Syarikat PayPal dengan konsisten berjaya melaporkan laporan kewangan yang melepasi  konsensus pasaran sejak 4 suku yang lepas.  Pada suku pertama 2021, PayPal melaporkan pendapatan (revenue) sebanyak $60.3 bilion dan pendapatan sesaham (EPS) sebanyak $1.22 berbanding unjuran $1.11 yang disokong oleh peningkatan transaksi pembayaran menggunakan produk PayPal. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PayPal Dan Schulman berkata bahawa matawang kripto akan menjadi kunci utama pertumbuhan PayPal dan memberitahu pasaran bahawa produk baru “dompet digital” akan diperkenalkan pada suku ke-3 2021.  

Usaha taktikal perniagaan PayPal di dalam matawang kripto dijangka akan menjadi pendorong kepada laporan kewangan untuk suku ke-2. Penganalisis pasaran mengunjurkan pendapatan EPS sebanyak $1.12 yang mewakili kenaikan +5.6% y/y. Pendapatan (revenue) pula dijangka pada $6.3 bilion, pertumbuhan 20.1% berbanding tahun lepas.

Harga saham PayPal (MT5: #PayPal)  agak ‘roller coaster’ pada 2021 di mana ia mencapai paras tinggi $309.05 sebelum mencatat kejatuhan besar ke harga $223 pada pertengahan Februari. Tetapi ia kembali menokok semula dengan konsisten selepas itu dan saham PayPal mencatatkan harga tertinggi dalam sejarah pada Jumaat lepas di $309.47 selepas pengumuman perubahan had transaksi maksimum matawang kripto. Trend masih lagi dalam keadaan rali Bull yang kuat dan Bear memerlukan usaha yang luar biasa untuk kembali semula menguasai saham PayPal. Para penganalisis menjangkakan harga median 12 bulan Kehadapan pada $327.50 dan kesemua penganalisis meletakkan konsensus BUY untuk saham PayPal.

 

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.