FOMC: Tapering vs Varian Delta

Mood pasaran agak suram pada minggu ini di mana Tindakan kerajaan China dalam beberapa peraturan polisi menyebabkan sentimen  risk-off di pasaran. Keadaan pasaran akan lebih berseri apabila keputusan Jawatankuasa polisi matawang Rizab Persekutuan FOMC pada awal pagi Khamis dijangka  akan menjadi penentu hala tuju USD untuk sepanjang bulan hadapan. Para pelabur dilihat agak resah menantikan keputusan jawatankuasa FOMC FED yang mula bersidang sejak hari Selasa.

Penganalisis pasaran menjangkakan tiada perubahan dalam polisi dan kenyataan daripada FOMC untuk mesyuarat kali ini selepas perubahan dalam unjuran dot-plot pada mesyuarat polisi Jun lepas. Unjuran dot-plot akan kekal dengan kemungkinan 2 kenaikan kadar pada tahun 2023. Meskipun gendang “TAPER” semakin kuat berbunyi di pasaran, kami menjangkakan FED tidak akan menekankan kepada isu ini. Ini disebabkan oleh keadaan pasaran yang masih agak terumbang ambing di mana ancaman Covid-19 Varian Delta menyebabkan kes-kes baru melonjak semula, penamatan bantuan kewangan moratorium oleh kerajaan dan kadar pengangguran yang masih tinggi. Meskipun kadar inflasi yang semakin tinggi memberi tekanan kepada pasaran, FED menerusi pengerusinya Gabenor Jerome Powell berulang kali menegaskan ia bersifat sementara atau transitori. Justeru ahli FOMC dijangka akan menunggu lebih lama untuk menyentuh mengenai proses Tapering.

Kejutan juga tidak boleh diketepikan sekiranya Gabenor Powell menyebut mengenai Taper ketika sidang media sesudah keputusan. Kongres Tahunan Jackson Hole dilihat sebagai tempat yang sesuai untuk berbicara mengenai ini dan kami menjangkakan ahli FED yang Hawkish akan memberi penekanan ketika acara ini. Tumpuan juga harus diberi sekiranya Gabenor Powell memberi kenyataan berkenaan Varian Delta Covid-19 yang semakin merebak.

(Nota: Taper di dalam artikel ini bermaksud FED mengurangkan peruntukan kadar pembelian aset memalui program QE, peruntukan semasa FED untuk pembelian aset adalah sebanyak $80 bilion sebulan sehingga 02/11/2021 )

(Sumber: Federal Reserve)

USD didagang agak lemah pada minggu ini di mana USD Index kini berada di sekitar 92.50 berbanding paras tertinggi 93.17 pada minggu lepas. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelabur lebih berhati-hati berbanding optimis dengan kemungkinan hasil yang Hawkish daripada mesyuarat FOMC. Kami berpandangan bahawa acara FOMC bulan Julai agak mendatar dengan tiada sebarang perubahan polisi ataupun perubahan dalam kenyataan rasmi daripada FED. USD dijangka kekal stabil atau sedikit kukuh dengan pelabur lebih optimis mengenai Tapering pada mesyuarat FOMC September. Sentimen pasaran semasa yang agak suram dengan isu Covid-19 Varian Delta dan tindakan China yang lebih agresif dalam kawalan polisi mereka, ia dijangka akan terus menyokong US Dollar yang juga matawang Safe Haven.

EURUSD didagang di dalam keadaan mendatar dan di dalam julat yang kecil sejak daripada awal bulan Julai. Ia kini didagang tinggi sedikit pada 1.1815 sebelum pembukaan London dan kini ia didagang berhampiran dengan garis support daripada uptrend channel. Sekiranya FED sedikit hawkish hari ini, EURUSD dijangka akan menguji paras support terdekat berada di paras terendah Julai 1.1750 diikuti support terendah 2021 yang dicatatkan pada 31 Mac di 1.1700. Pecahan paras terendah 2021 akan mengaktifkan kawasan support 1.1600 yang dicatatkan pada Novemebr 2020. Sekiranya keputusan FED kekal neutral dan tambahan dos ‘Dovish’ oleh Gabenor Powell ketika sidang media, ia akan membuka laluan kepada bull untuk kembali menguasai pasaran buat sementara. Kawasan confluence DMA-50 & DMA-200 sekitar 1.1975 akan menjadi resistance penting dan resistance di 1.2270 (Mei high) akan dikatifkan sekiranya kedua-dua paras MA ini gagal bertahan. RSI kini berada di bawah paras 44 tetapi pergerakkannya agak mendatar sejak dari awal Julai, menunjukkan ketiadaan momentum dan keadaan mendatar di dalam pasaran EURUSD.

 

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.