USD didagangkan sedikit kukuh pada hari Isnin dengan USDIndex terus mencatat kenaikan dan menghampiri paras psikologi 93.00. Ia membuka peluang kepada bull untuk menguji paras tertinggi 20 Julai di 93.17. Paras tertinggi 2021 93.44 masih lagi belum teruji buat masa ini.
Kenyataan Presiden Atlanta FED Raphael Bostic yang agak hawkish dilihat membantu pengukuhan Dollar buat masa ini. Beliau dipetik berkata ekonomi US pulih lebih pantas dari jangkaan. Beliau turut memetik bahawa beliau menjangkakan suku ke-4 tahun ini akan menjadi tarikh permulaan penghentian pembelian bon (taper) tetapi tidak menolak sekiranya ianya dilakukan dengan lebih awal dengan keadaan ekonomi terus mencatatkan kemajuan padar kadar pantas seperti sekarang. Bostic adalah ahli FOMC yang mempunyai kuasa mengundi pada tahun ini. Manakala Presiden Richmond FED Tom Barkin turut dipetik agak hawkish dengan menyatakan kadar inflasi sekarang berada di atas sasaran FED 2% dan akan kekal tinggi buat masa pendek, dan ianya memenuhi kriteria FED dalam perancangan untuk proses ‘Taper’.
Berikutan itu, EURUSD jatuh ke paras terendah dalam 4 bulan apabila jatuh ke 1.1737. Paras terendah 2021 akan menjadi support terdekat di 1.1703. Paras harga 1.1750 kini adalah resistant intraday yang terdekat. Momentum kini adalah kuat untuk penurunan dalam jangka masa pendek dimana RSI-14 kian menghampiri paras oversold 30. Pergerakan MA-50 dan MA-200 telah menunjukkan persilangan death cross dan MA-50 dilihat semakin melunjur ke bawah. Sekiranya paras 1.1700 gagal bertahan, ia akan mengaktifkan paras terendah November 2020 di 1.1600 sebagai support terdekat.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.