XAUUSD terus berusaha untuk mendaki tangga harga apabila naik sedikit di sesi Asia pada hari Jumaat. Di sebalik sedikit kelemahan Dollar US selepas penerbitan data CPI, ia memberi ruang kepada Bull emas untuk terus menolak harga ke atas. Walaubagaimanapun, ia masih agak bergelut untuk menembusi atas $1760.
XAUUSD kini mencuba sekali lagi untuk menaik semula selepas menyusut dan bertahan di paras 38.2% fib retracement ($1743) semalam. Ia kini cuba menguji paras 50% fib retracement berhampiran $1760. Paras $1760-$1765 adalah resistant intraday yang agak kukuh. Di mana sekiranya dagangan minggu ini berjaya ditutup di atas paras ini, ia memberi ruang dan harapan kepada bull untuk cuba menguji paras resistant seterusnya di $1790. Fib 38.2% di $1743 adalah support kukuh diikuti fib 23.6% di $1722. MA-50 dan MA-200 dilihat semakin merapati satu sama lain dan harga kini berada ditengah-tengah di antara kedua MA. Ia memungkinkan pergerakan Emas akan melalui fasa konsolidasi jangka pendek. RSI-14 kini dilihat melepasi paras overbought (OB) 70.
Keadaan sentimen semasa yang agak bercampur-campur, kecairan pasaran dilihat sedikit berkurang berikutan cuti musim panas, kelembapan pasaran akibat kebimbangan varian Delta Covid-19 dan tindakan tegas penguatkuasaan oleh kerajaan China dalam hal berkaitan regulasi kewangan mungkin memberi ruang kepada Emas untuk mengukuh. Tiada data utama dijangka diterbitkan pada sesi London dan sesi New York.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.