DOLLAR didagang lebih kukuh pada Selasa berbanding matawang lain, mencapai tahap tertinggi pada 93.15 dengan tema risk-off jelas membantu pengukuhan Dollar. Pengukuhan kadar yield bon perbendaharaan US yang naik dari paras terendah. Meskipun data Retail Sales agak lemah pada bulan Julai dengan cetakan -1.0% berbanding 1.4% data sebelum. Ketua Fed, Jerome Powell dalam ucapan di Dewan Bandaran tidak menyentuh mengenai dasar polisi sekali gus tidak memberi sebarang impak kepada pasaran.
EURUSD mencatatkan kejatuhan besar pada Selasa apabila jatuh ke paras terendah minggu ini di 1.1707, menghampiri paras terendah 2021 di 1.1700 yang dicatatkan pada Mac lepas. Paras tertinggi minggu ini terletak di 1.1800. Sementara itu, GBPUSD turut menyusut banyak ke paras 1.3725 dari pembukaan 1.3834. Menembusi pertahanan kukuh MA-200 dan cuba mencapai paras support di 1.3668. Meskipun data sektor pekerjaan UK agak baik, namun ia masih lagi gagal menyokong GBP berikutan isu sentimen di pasaran.
Matawang antipodean paling terjejas teruk di mana AUDUSD dan NZDUSD mengalami kejatuhan -1.3% dan -1.8% pada hari Selasa. Minit mesyuarat RBA yang sedikit dovish apabila menyatakan mereka bersedia bertindak sekiranya terdapat elemen kesihatan yang mungkin mengancam ekonomi turut menekan AUD ke bawah. Manakala NZDUSD turut terjejas berikutan sentimen domestik yang mana New Zealand akan melalui ‘lockdown’ selama 3 hari berikutan terdapat 1 kes baru varian Delta. RBNZ yang bermesyuarat pada pagi Rabu dijangka akan memberi pemangkin kepada pergerakan NZD. Para pelabur kini mula skeptikal dengan kemungkinan RBNZ menaikkan kadar faedah. Terdapat juga penganalisis yang menjangkakan sekiranya berlaku kenaikan kadar pada mesyuarat polisi RBNZ kali ini, ia mungkin kenaikan “Dovish Hike”. NZDUSD kini didagang di sekitar 0.6914, sedikit di atas paras terendah tahun 2021 di 0.6880. Paras Fib 38.2% di 0.6701 akan menjadi tumpuan sekiranya NZD mengalami tekanan selepas mesyuarat polisi RBNZ.
Hari Rabu akan terus menjadi tumpuan penting untuk USD di mana minit mesyuarat FOMC Julai akan diterbitkan pada awal pagi Khamis. Minit mesyuarat ini dijangka akan memberi bayangan kepada pasaran jika terdapat perbincangan serius mengenai ‘Tapering’ QE oleh FED .
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.