XAUUSD: Pertembungan Bull vs Bear di bawah $1800

Sentimen risk-off dan kegusaran pasaran dalam isu Covid-19 kembali memuncak dengan penyebaran varian Delta yang semakin mengganas membantu harga emas kekal terapung meskipun USD mengukuh. Kenaikan hasil bon (yield) jelas memberi tekanan kepada harga XAUUSD di mana ia menyusut ke sekitar $1775 tetapi melonjak semula apabila keadaan sentimen kembali suram. Tetapi kenaikan harga emas masih lagi gagal menembusi paras psikologi $1800.

Minit mesyuarat FOMC dilihat agak dovish tetapi jangkaan pasaran bahawa FED akan menamatkan program QE mereka pada November 2021 membantu USD mengukuh dan seterusnya memberi tekanan kepada harga emas. Keadaan fundamental semasa masih lagi belum berubah sehingga FED membuat keputusan tetapi tumpuan kini terarah kepada simposium Jackson Hole pada 26-28 Ogos ini.

XAUUSD kini didagang di dalam julat yang kecil di antara $1770-$1790 dan bergerak di antara MA-50 dan MA-200. Ini menunjukkan kemungkinan konsolidasi jangka pendek akan berlaku. Pergerakan intraday XAUUSD menunjukkan descending channel sedang terbentuk ketika ini. Ia bergerak di antara Fib 61.8% ($1777) dan Fib 78.6% di $1798. Apa yang menarik perhatian adalah RSI-14 menunjukkan pergerakan convergence dengan pergerakan harga XAUUSD.  Dimana lower high terbentuk tetapi tiada pembentukan lower low.

Dengan tiada data besar dijadualkan pada hari Jumaat, pergerakan XAUUSD akan lebih didominasi oleh sentimen pasaran semasa.

 

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.