Tumpuan risk-off lebih terarah kepada JPY dan USD sebagai matawang paling berpengaruh, tetapi harus diingat juga matawang Swiss Franc CHF juga merupakan sebahagian daripada matawang safe-haven. EURCHF menarik perhatian apabila ia kini didagang berhampiran paras terendah mingguan 1.0695 dan di atas paras psikologi penting 1.0700. EURCHF mencatatkan penurunan buat dua minggu berturut-turut berikutan kombinasi kelemahan matawang EURO dan keadaan sentimen pasaran yang suram akibat kebimbangan para pelabur.
Carta Intraday EURCHF menunjukkan pergerakan triangle pattern sedang terbentuk sejak 3 hari lepas di mana lower high sedang terbentuk tetapi paras support kekal kukuh di atas 1.0700. Ini memberi petanda bahawa breakout berkemungkinan berlaku dalam jangka masa terdekat. EURCHF telah mencatatkan penurunan lebih 1% pada minggu ini. Ia mencatat paras terendah 1.0695 untuk tahun 2021. Dan sekiranya paras ini gagal bertahan, support seterusnya adalah di paras November 2020 di 1.0660.
Paras resistant terhampir berada di paras 50-MA H1 di 1.0725 diikuti resistant di 1.0757. Paras MA-200 H1 berada di atas sedikit 1.0770. RSI-14 menunjukkan bear masih lagi menguasai pasaran dengan bacaan di sekitar 40. Situasi semasa tidak kelihatan baik dan ini memungkinkan EURCHF akan kekal tertekan dalam jangka masa pendek.
Dengan kelembapan dan kelemahan Euro berikutan pengukuhan Dollar, kebarangkalian EURCHF untuk mengukuh adalah tipis. Apa yang menarik adalah para penganalisis agak gelisah berikutan ura-ura Swiss National Bank (SNB) akan campur tangan dalam pasaran matawang sekiranya EURCHF terus menggelongsor ke bawah. Ia mungkin menyebabkan volatiliti tinggi sekiranya SNB campur tangan dalam menghalang nilaian CHF terus melonjak.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.