XAUUSD: Bull Memecahkan Tembok $1800

Sentimen pasaran jelas menguasai sesi dagangan sepanjang Ogos. Selepas sentimen “Risk-Off” mencengkam pasaran sepanjang minggu lalu, dagangan minggu ini dimulakan dengan sentimen positif di mana ia berlanjutan sepanjang hari Isnin dari sesi Asia ke Sesi US. Data ekonomi dari US menunjukkan Markit Manufacturing dan Services PMI dicetak rendah dan gagal menepati unjuran pasaran. Tetapi data ini dilihat tidak begitu memberi impak kepada XAUUSD, sebaliknya pemulihan sentimen di pasaran jelas menghadkan sebarang permintaan (Demand) kepada USD. Memberi tekanan kepada USD yang menyusut berbanding semua matawang utama yang lain.

Pasangan emas atau XAUUSD didagang di dalam keadaan mendatar dan dalam julat kecil pada minggu lalu dan gagal melakukan sebarang gerakan yang bermakna. Bagaimanapun, XAUUSD akhirnya berjaya menembusi paras psikologi $1800 pada hari Isnin yang disokong oleh kelemahan matawang USD berikutan sentimen positif di pasaran. Ia melonjak ke paras tertinggi 2 minggu $1804 dan momentum kini mula berpihak kepada Bull. Harga XAUUSD dijangka akan ditutup di atas paras resistant dinamik MA-50 buat kali pertama sejak 15 April 2021. Ia kini berada sedikit di bawah MA-200 di $1811.

Data indikator RSI menunjukkan kenaikan bacaan ke paras 55, memberikan indikasi bahawa momentum kenaikan sedang terbina buat masa ini. $1811 adalah resistant seterusnya dan pemecahan ke atas dari kawasan ini akan membuka ruang untuk XAUUSD menguji resistant seterusnya di $1832 yang juga merupakan paras tertinggi 29 Julai. Sebaliknya, $1800 kini menjadi support psikologi penting untuk Bull bertahan diikuti $1790 (paras MA-50) dan $1780.

Pasaran minggu ini dijangka amat bergelora berikutan persidangan simposium Jackson Hole akan diadakan secara atas talian dari 26-28 Ogos 2021. Namun para pelabur kini melihat bahawa Jerome Powell mungkin tidak akan menyentuh mengenai Tapering pada Jumaat ini, dan beliau dijangka akan mengambil langkah konservatif dan berhati-hati dalam memberi ucaptama beliau.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.