Gelanggang Jackson hole Dibuka, Penentu Pergerakan USD

Hari yang dinantikan oleh pedagang dan pelabur di mana Simposium Jackson Hole akan berlangsung pada hari ini sehingga Sabtu (26-28 Ogos 2021). Simposium Ekonomi Jackson Hole adalah simposium tahunan, yang ditaja oleh Bank Rizab Persekutuan Kansas City sejak tahun 1978, dan diadakan di Jackson Hole, Wyoming sejak tahun 1981. Setiap tahun, simposium ini memfokuskan kepada isu ekonomi penting yang dihadapi oleh ekonomi dunia. Peserta merangkumi ahli bank negara dan menteri kewangan terkemuka, serta ahli akademik dan pemain pasaran kewangan terkemuka dari seluruh dunia.

Prosiding simposium diikuti dengan penuh minat oleh para pedagang dan pelabur, kerana kenyataan yang tidak dijangka daripada ahli yang berpengaruh di simposium berpotensi mempengaruhi pasaran saham dan mata wang global.

Tumpuan tahun ini terarah kepada ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan US Gabenor Jerome Powell pada Jumaat malam. Ia berikutan situasi semasa menunjukkan pemulihan ekonomi US yang amat baik sejak daripada kejatuhan akibat Covid-19 pada tahun lalu. Tumpuan terarah kepada beliau kerana pasaran menjangkakan FED akan mula menjalankan program Tapering seawal 2021 berbanding unjuran asal pada hujung 2022. Sekiranya Gabenor Powell menyentuh mengenai Tapering dalam ucapan beliau, ia akan memberikan pemangkin kepada USD untuk kekal dalam pengukuhan.

Pada minggu lepas, pasaran melihat pengukuhan USD selepas penerbitan minit FOMC Julai dan sentimen risk-off. USD berjaya mencecah paras tertinggi sejak akhir 2020. Tetapi USD kini merosot semula pada minggu ini, dengan bayangan pasaran melihat kemungkinan Gabenor Powell menyentuh mengenai Tapering adalah tipis.

EURUSD kini didagang di paras 1.1766 selepas mencapai paras tertinggi minggu ini di 1.1770, sedikit rendah daripada paras R1 pivot weekly. Dengan MA-200 berada sedikit di atas pada 1.1787. Paras MA-50 jelas menjadi sokongan penting pada minggu ini dimana ia berjaya menjadi support penting EURUSD sejak Isnin lepas, kini ia adalah support penting di sekitar 1.1731 dan pivot point weekly sedikit di bawah di 1.1720.

Sementara itu GBPUSD turut mencatat harga tertinggi minggu ini di 1.3766 dan berjaya ditutup di atas MA-50 1.3732. Pivot R1 1.3794, Paras psikologi 1.3800 dan MA-200 1.3808 merupakan kluster resistant yang kuar dan GBP bull perlu bekerja lebih keras berbanding dengan mengharapkan kelemahan USD sahaja. Paras terendah minggu ini di 1.3607 merupakan support penting sekiranya USD kembali mengukuh pada mesyuarat Jackson Hole. Pivot point merupakan sokongan terhampir di 1.3700.

Matawang lain turut menantikan penuh debar ucapan Powell dan ahli panel lain, dengan acara setahun sekali ini jelas memberikan kemeriahan kepada pasaran selepas sentimen negatif sejak beberapa minggu lepas.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.