USD diniagakan positif selepas kejatuhan 4 hari berikutan para pedagang menyusun semula posisi dagangan mereka menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (FED) Jerome Powell pada Jumaat 10 malam. USDIndex diniagakan di atas 93.00 menjelang akhir sesi New York. Peningkatan pertama untuk minggu ini. Meskipun data GDP Q2 US gagal mencapai sasaran dengan pertumbuhan sebanyak 6.6% sahaja (unjuran 6.7%), namun komen ‘Hawkish’ ahli FED James Bullard yang menggesa FED haru melaksanakan tapering dan perlu lebih agresif dalam mengawal inflasi jelas membantu USD kekal terapung. USDIndex kini naik semula atas 93.00 mata, dengan Pivot point weekly berada sedikit di atas di 93.20. Paras tertinggi Ogos adalah 93.72. S1 Pivot weekly berada di 92.68.
Sementara itu EURUSD cuba menguji paras R1 Pivot weekly di 1.1776 hari ini tetapi gagal dan ditekan semula menghampiri paras 1.1750. Ia masih lagi didagang diantara 2MA iaitu MA-50 dan MA-200. Weekly pivot point berada di 1.1720. Penerbitan minit mesyuarat polisi ECB tidak memberi kesan kepada EURO tetapi ahli majlis dipetik berbincang mengenai keperluan menyemak semula cara memberi ‘forward guidance’ dalam penetapan kadar faedah.
GBPUSD pula terus mencatat penurunan harga. Kombinasi pengukuhan USD dan kebimbangan pelabur mengenai gangguan bekalan rantaian makanan menjelang Krismas berikutan Brexit jelas menekan GBP. GBPUSD jatuh di bawah paras psikologi 1.3700 dan kini di bawah MA-50. Ia juga kawasan paras support Pivot point weekly. Tekanan berterusan memungkinkan GBPUSD menguji paras terendah mingguan di 1.3607 sekiranya Powell Hawkish pada malam esok. Sebaliknya MA-50 menjadi resistant penting di 1.3716 diikuti paras tertinggi minggu ini di 1.3767.
USDJPY memecahkan paras 110 dengan menguji 110.20 berulang kali pada minggu ini tetapi masih lagi bergelut untuk ditutup harian di atas 110. MA-200 mendatar sejak beberapa ketika, menunjukkan momentum kini dalam keadaan konsolidasi dalam julat yang kecil. Formasi inside bar atau harami telah terbentuk sejak siang. Support terdekat adalah pivot point weekly yang berada di 109.70 diikuti paras terendah mingguan di 109.40. Kluster resistance telah terbentuk di dalam zon 110.22-110.28 yang berhampiran dengan R1 pivot.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.