Ekonomi AS menambah 235 ribu pekerjaan pada bulan Ogos, angka yang amat rendah dibandingkan dengan jangkaan 750K. Tetapi data Julai disemak lebih tinggi dari 943K ke 1053K. Kadar pengangguran menurun ke paras terendah ke paras 5.2%, memberi khabar baik kepada ekonomi AS. Kenaikan gaji bulanan hingga 0.6%, upah tahunan juga meningkat kepada kenaikan 4.3%, jauh lebih baik daripada jangkaan 4.0%. Data bulan Ogos menunjukkan angka yang agak bercampur-campur.
Data lemah NFP pada Jumaat lepas menyebabkan USD mengalami tekanan dimana USDIndex jatuh bawah 92.00 sehingga 91.91 tetapi berjaya naik sedikit dan ditutup pada 92.00. USDIndex meneruskan pendakian pada hari Isnin dan menjejak paras tinggi sehingga 92.29. Paras 92.50 merupakan halangan psikologi penting untuk kenaikan di mana ia turut berhampiran dengan MA-50. Manakala sokongan di 92.00 kekal penting diikuti sokongan dari paras terendah Julai di 91.75.
Meskipun data NFP Ogos lemah, USD tidak menunjukkan kelemahan berpanjangan apabila berjaya mengukuh di dagangan Isnin. Kombinasi Powell yang dovish di Jackson Hole dan Data lemah NFP dijangka akan di’offset’ oleh kebimbangan mengenai varian Delta Covid-19, inflasi tinggi, dinamik prospek permulaan tapering pada penghujung tahun, kebimbangan kelembapan ekonomi China, dan pemulihan ekonomi US yang pantas berbanding ekonomi negara lain.
Data penting minggu ini juga dijangka mempengaruhi permintaan terhadap USD dan EURO, ECB akan mengadakan mesyuarat polisi pada hari Khamis dan meskipun terdapat khabar angin mengatakan ECB akan berbincang mengenai tapering, para pelabur menjangkakan Presiden ECB Lagarde akan bersikap ‘Dovish’ dalam sidang media beliau sekaligus memberi tekanan kepada EURUSD (EURUSD adalah komponen utama USDIndex). Para pelabur turut mula memposisikan semula pegangan mereka menjelang pilihanraya Jerman yang dijadualkan pada penghujung bulan September.
EURUSD mencecah paras 1.1900 buat kali pertama sejak penghujung Julai pada Jumaat lepas tetapi masih gagal ditutup melepasi paras ini. Ia menyusut sedikit dan kini didagang di 1.1866. Untuk bull kekal menguasai, ia memerlukan penutupan dagangan di atas 1.1900 bagi mebolehkan ujian seterusnya di 1.2000. Tetapi 1.1900 adalah resistant kukuh dimana 38.2 fib retracement dari penurunan May-Ogos dan juga kawasan klasikal resistant. Manakala 1.1800 adalah kawasan support terdekat di 23.6% fib retracement. Pergerakan RSI kini di paras bacaan 60 tetapi ia mula menunjukkan formasi bearish divergence di antara harga dan indikator.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.