EURUSD: Antara FOMC Tapering dan Dot Plot

Para pelabur terus berdebar-debar menantikan FOMC pada awal pagi ini. Jawatankuasa polisi FOMC FED akan mengumumkan keputusan mesyuarat polisi September 2021. Tumpuan utama terarah kepada keputusan Fed untuk memulakan Tapering dalam mengurangkan atau menghentikan kadar program QE sebanyak $120 bilion sebulan. Para pelabur tertumpu sama ada Tapering akan dimulakan pada Oktober atau Disember 2021. Sekiranya Tapering diumumkan dan bermula pada Oktober, ia akan menyokong pengukuhan USD. Sekiranya diumumkan bermula pada Disember, ia akan memberi tekanan jangka pendek kepada USD berikutan para pelabur mungkin akan melepaskan sementara pegangan USD mereka.

Selain itu, pergerakan unjuran dot-plot juga perlu diberikan perhatian, tumpuan tertumpu adakah akan bertambah ahli jawatankuasa yang akan menyokong kemungkinan kenaikan kadar pada 2022 dan pertambahan kemungkinan kenaikan kadar pada tahun 2-23. Sekiranya berlaku perubahan median dot plot pada tahun 2022 dan 2023, ia dijangka akan memberikan tanda Hawkish kepada pasaran dan mungkin akan menyokong pengukuhan USD dalam jangka masa panjang.


Sumber: Bloomberg

EURUSD kini didagang di atas 1.1700, sekiranya pelabur melihat tindakan FOMC pada awal pagi Khamis sebagai Hawkish, EURUSD mungkin akan memecahkan paras terendah 2021 di 1.1634 dan menembusi paras fibo 38.2%. dengan sasaran seterusnya di MA-200 weekly di 1.1574 dan paras psikologi 1.1500. Sekiranya FOMC mengecewakan dengan keputusan yang dilihat dovish, EURUSD dijangka akan menguji paras 1.1900 yang dicapai pada awal September dengan 1.2348 merupakan paras tertinggi 2021.

Meskipun FOMC mengeluarkan keputusan Tapering dan unjuran dot plot, harus diingat bahawa Pengerusi FED Powell akan mengadakan sidang akhbar pada 2.30 pagi dan beliau adalah seorang yang agak dovish, beliau mungkin akan mengeluarkan kenyataan defensif seperti yang berlaku pada simposium Jackson-Hole pada Ogos lepas.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.