Sentimen pasaran yang positif terus mengukuhkan matawang komoditi terutamanya Canada Dollar CAD. Pengukuhan harga minyak mentah dunia di mana USOIL mencatatkan kenaikan besar pada awal sesi Asia dan terus mengukuh memasuki sesi New York pada dagangan hari Isnin jelas membantu pengukuhan CAD. USOIL dibuka dengan “GAP” di $73.86 dan mengukuh setinggi $75.30 sebelum menyusut sedikit pada akhir sesi New York.
Ini membolehkan CAD mengukuh berbanding US Dollar di mana ia terus mencatatkan penurunan untuk hari kelima berturut-turut dan mencatatkan harga serendah 1.2609. Selepas USDCAD mencatatkan harga tertinggi September pada 20 September di 1.2895, USDCAD gagal ditutup di atas fibo 76.8% dari retracement High-Low Ogos-September. Ia terus menyusut dan kini menghampiri paras support Daily 50-MA dan paras fibo 23.6% di 1.2600. Pecahan paras sokongan ini akan membuka ruang kepada ujian di paras terendah September di 1.2492 dengan Daily 200-MA berada sedikit atas di 1.2520. Paras fibo 50% di 1.2720 merupakan resistant yang signifikan.
Sementara itu, CADJPY turut menokok tinggi dengan mencatatkan paras tertinggi September yang baru, ia kini melepasi paras tertinggi sebelum ini di 87.87 dan kini menguji paras 50% fibo retracement dari swing hi-low Mei-Ogos di harga 87.81. Paras psikologi penting 88.00 dijangka akan dipecahkan dengan paras 61.8% fib di 88.68 merupakan sasaran yang penting. Pergerakan daily 50-MA menunjukkan lekukkan ke atas dan menjadi support utama berhampiran dengan 38.2% fibo di 87.14. Paras terendah September berada jauh rendah di 84.89. RSI-14 kini di atas 60 dan terus menunjukkan momentum kuat ke atas.
Dengan keadaan sentimen semasa yang menyokong CAD, dan juga tiada data penting ekonomi untuk minggu terakhir September ini. Pergerakan USDCAD dan CADJPY dijangka akan lebih didominasi dengan pergerakan teknikal.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.