GBPUSD: Mampukah Bull Bangkit Semula?

British Pound cuba untuk mendapatkan kembali momentum selepas kejatuhan teruk minggu ini dengan cuba mencabar kembali paras 1.3500. Kombinasi pengukuhan USD dan kelemahana GBP berikutan isu bekalan tenaga domestik menekan GBPUSD ke paras terendah 2021 di 1.3410 pada Rabu lepas. Ia cuba mencabar kembali paras 1.3500 tetapi gagal menembusi pada Khamis dan kini sedang berusaha untuk sekali lagi mencabar paras psikologi ini.

Sekiranya berjaya menembusi paras 1.3500, paras fib retracement 38.2% di 1.3527 menjadi halangan terhampir diikuti kluster halangan di 1.3555-63 yang juga berhampiran fib retracement 50%. Kawasan harga 1.3482 merupakan support harian terdekat dengan paras terendah minggu ini 1.3410 adalah sokongan terakhir sekiranya USD terus mengukuh. Momentum semasa menunjukkan RSI-14 menghampiri kawasan 70 overbought.

Tiada data utama untuk hari Jumaat, dengan sasaran pelabur lebih terarah minggu yang mendebarkan apabila data NFP diterbitkan pada minggu hadapan.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.