RBNZ Naikkan Kadar Tetapi NZDUSD Menjunam

Reserve Bank New Zealand (RBNZ) akhirnya menaikkan kadar faedah semalaman (OCR) daripada 0.25% ke 0.50% pada mesyuarat di awal pagi ini. Ia berlaku selepas RBNZ terpaksa menangguhkan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat polisi yang lepas akibat lonjakan kes Covid-19 di New Zealand.

Berikutan keputusan ini, RBNZ turut mengumumkan dalam minit mesyuarat mereka bahawa program stimulus kan dikurangkan pada masa hadapan. Mereka turut berkata bahawa keadaan semasa Covid-19 dijangka tidak memberi kesan terhadap unjuran jangka sederhana bank pusat dalam sektor buruh dan inflasi. Di mana aktiviti ekonomi dijangka pulih dengan pantas seiring dengan pelonggaran pergerakan di New Zealand.

Manakala RBNZ turut menjangkakan inflasi akan meningkat melebihi 4% pada jangka pendek tetapi akan menyusut dan menghampiri unjuran 2% di dalam jangka sederhana. Pihak bank pusat turut memaklumkan bahawa kekurangan permintaan tidak menjadi masalah berbanding keadaan ekonomi semasa yang kini telah mencapai kekangan kapasiti.

Kini RBNZ menjadi bank pusat negara maju dunia yang pertama menaikkan kadar faedah berbanding FED, BoC, BoE dan lain-lain. RBA pula mengekalkan kadar faedah pada 0.10% pada mesyuarat polisi Selasa lepas.

Analisis Teknikal NZDUSD

NZDUSD melonjak selepas pengumuman RBNZ dan mencapai paras tertinggi 0.6978 sebelum menyusut semula selepas itu. Ia kini menyusut semula dan mencatatkan paras terendah minggu ini 0.6900 sebelum naik sedikit dan kini berada di 0.6902 pada ketika artikel ini ditulis. Penurunan selepas pengumuman RBNZ adalah dijangka oleh pelabur di mana pergerakan kenaikan NZDUSD telah di ‘price-in’ sejak awal minggu lagi. Paras fibo retracement 61.8% di 0.6905 dan 76.8% di 0.6887 akan menjadi sokongan intraday terdekat, dengan paras terendah September di 0.6858 menjadi paras sokongan psikologi akhir. Untuk kenaikan, resistant penting berada di 0.6952 yang berhampiran MA-50 dan MA-200, paras tertinggi minggu ini di 0.6981. RSI-14 kini berada di bawah paras oversold 30. MACD signal line kini meluncur ke bawah paras 0 dan Histogram bawah semakin berkembang.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.