Adakah BoE Akan Menaikkan Kadar Faedah?

BoC menamatkan program QE, RBNZ menaikkan kadar faedah, RBA menghentikan proses kawalan keluk hasil, FED memulakan proses tapering, dan hari ini, pasaran menantikan apakah Langkah seterusnya daripada Bank of England (BoE) dalam mesyuarat polisi matawang mereka. Pengumuman BoE dijangka pada jam 8 malam Malaysia dan diikuti oleh sidang media Gabenor BoE Andrew Bailey pada 8.30 malam.

Laporan daripada kebanyakaan penganalisis pasaran kini agak bercampur-campur dalam mengunjurkan hala tuju BoE dalam mesyuarat polisi November 2021. Dalam bancian yang dilaporkan oleh Bloomberg, keputusannya berpecah dua apabila 23 daripada 45 penganalisis mengunjurkan tiada kenaikan kadar faedah manakala 22 lagi mengunjurkan kenaikan kadar sebanyak 15 mata kepada 0.25%. Manakala ahli ekonomi dari Goldman Sach lebih berani apabila mengunjurkan tiga kenaikan kadar faedah sehingga 0.75% sehingga Mei tahun 2022.  Indikator daripada CME BoEWatch Tool turut mengunjurkan kemungkinan 55% BoE akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat kali ini.

Isu inflasi terus membelenggu kebanyakan negara maju di mana inflasi tinggi jelas memberi tekanan kepada bank pusat untuk bertindak. Meskipun kebanyakan ahli bank pusat menegaskan bahawa inflasi tinggi ketika ini adalah transitori atau bersifat sementara, kenaikan harga minyak mentah dunia dijangka akan terus mengekalkan inflasi di paras tinggi dan isu bekalan yang terhad di pasaran juga membantut pertumbuhan ekonomi. Tumpuan kini terarah kepada 9 ahli MPC BoE yang akan mengundi dalam menentukan kadar faedah. Kini terdapat 2 ahli MPC yang hawkish (Ramsden & Saunders) dan sekiranya bilangan ahli MPC yang mengundi untuk menaikkan kadar bertambah, meskipun masih tiada majoriti, ia dijangka akan terus menambahkan tekanan kepada BoE untuk menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat.

GBPUSD kini berada di atas paras 1.3600 selepas FOMC yang agak dovish semalam (meskipun FED mengumumkan tapering) dan kini di dagang di 1.3650-an. Paras terendah November di 1.3606 menjadi sokongan dengan fibo retracment 61.8% di 1.3572 menjadi sasaran sekiranya pasaran melihat keputusan BoE sebagai dovish. Dengan paras terendah September menjadi support kuat di 1.3410. MA-50 dan MA-200 H4 menjadi resistant dinamik di mana ia terletak di atas harga semasa. Paras tertinggi Oktober di 1.3833 adalah sasaran sekiranya pasaran melihat tindakan BoE sebagai hawkish. Untuk tahun 2021, GBPUSD agak tinggi volatiliti dengan kenaikan tertinggi melepasi 1.4200 dan terendah pada 1.3400, sebarang tindakan daripada BoE dijangka akan terus menyokong pergerakan volatiliti tinggi kepada GBPUSD.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.