PayPal Holding, syarikat terkemuka yang terlibat dalam platform teknologi untuk transaksi digital ditubuhkan pada 1998. Ia menawarkan teknologi pembayaran atas talian yang menghubungkan pengguna kepada pengguna dan juga penjual kepada pembeli melalui laman web dan juga melalui aplikasi peranti mudah alih.
PayPal dijadualkan mengumumkan laporan kewangan suku ke-3 pada Isnin 8 November selepas pasaran ditutup.
Secara statistiknya, PayPal melaporkan laporan kewangan yang konsisten sejak tahun 2017 dengan earning per share (EPS) tahunan menunjukkan peningkatan yang positif dari serendah $1.90 pada suku 2017, naik ke $3.88 pada suku pertama 2020, manakala hasil jualan turut mencatatkan peningkatan sihat tahunan daripada $13.1 Bilion pada 2017 dan melonjak hampir 2 kali ganda pada 2020 di $21.5 bilion. Pada laporan suku ke-2 2021 yang lepas, PayPal melaporkan EPS yang positif menjangkaui unjuran pasaran pada $1.15 tetapi hasil jualan sedikit tersasar pada $6.2 bilion berbanding unjuran. (Sumber: CNN Business)
Pada suku ke-3, para penganalisis mengunjurkan laporan kewangan yang kukuh daripada PayPal. Produk utama PayPal, app Venmo yang menawarkan servis matawang kripto dijangka menunjukkan peningkatan dalam pendapatan dan juga peningkatan pengguna akaun di semua platform di US. Di samping itu, peningkatan dalam perbelanjaan pengguna seperti dalam sektor pelancongan, perjalanan turut dijangka akan meningkatkan transaksi volum PayPal. Penganalisis melihat pelaburan agresif PayPal dalam menaik taraf produk pengguna mereka terutama dalam matawang kripto dan juga perbankan mudah alih akan menunjukkan peningkatan positif dalam suku ke-3 ini. Sumber artikel Nasdaq turut menunjukkan kenaikan trafik (676.8 juta pengunjung) dalam melawat laman sesawang PayPal di antara Julai dan Julai, memberi indikasi lebih banyak minat terhadap penggunaan PayPal.
Dalam laporan suku ke-3 yang dijangka diumumkan pada Isnin depan, penganalisis pasaran Zacks mengunjurkan hasil jualan di antara $6.20 bilion, kenaikan 14% berbanding suku sama pada tahun lepas. Manakala EPS (non-GAAP earnings) diunjurkan pada $1.08, naik 0.9% berbanding suku sama tahun lepas. Unjuran jualan tahunan diletakkan pada $25.7 bilion dengan EPS tahunan pada $4.71. PayPal dilihat melaporkan EPS yang melebihi unjuran pasaran sejak 4 suku yang lepas.
Analisis Saham #PayPal
Saham PayPal menunjukkan prestasi tidak menentu pada tahun 2021, selepas mencatatkan kenaikan baik pada separuh pertama 2021 dan mencapai harga tertinggi $309.47, saham PayPal susut mendadak mulai Julai dan kini didagangkan di $228.06, hanya tinggi sedikit dari harga terendah minggu 03 Januari 2021 di $225. Dari sudut teknikal, ia kini telah menyusut ke paras fibo retracement 38.2% ($222.59), sokongan seterusnya di 50% fib ($195.75) sekiranya bear terus menguasai pasaran. MA-50 mingguan dan 23.6% fibo retracement ($255-$260) merupakan halangan terdekat dengan paras $309.47 menjadi sasaran psikologi untuk bull. RSI-14 menunjukkan momentum bearish mingguan masih kuat di 35 dan MACD turut mengunjur ke bawah, signal line masih lagi di atas bacaan 0 tetapi 2 histogram negatif telah membentuk dan semakin bertambah. Walaupun begitu, saham PayPal masih dilihat menarik buat pelabur dengan penganalisis yang dibanci oleh CNN Business masih meletakkannya dalam kategori Buy (33/36) dengan hanya 2/36 kategori sell. Harga unjuran median diunjurkan pada $325 untuk 12 bulan akan datang.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.