EURUSD didagang di dalam channel menurun sejak awal Disember dengan sentiment semasa pasaran agak baik pada minggu ini. Meskipun keadaan pasaran dilihat Kembali pulih daripada kejutan Omicron, EUR dan USD kedua-duanya dilihat bergelut untuk kekal kukuh pada minggu ini dengan mencatatkan dagangan agak mendatar sejak Isnin diantara 1.1320 dan 1.234.
Dengan tiada data penting untuk minggu ini, keadaan mendatar ini dijangka berterusan selama beberapa hari. Sebelum momentum dagangan menjelang FOMC pada Khamis minggu hadapan kembali menguasai. Pandangan jangka sederhana masih lagi melihat EURUSD lebih tertekan ke bawah dengan jangkaan FOMC akan mengumumkan kadar program ‘tapering’ mereka pada minggu hadapan.
EURUSD kini didagang diantara MA-50 dan MA-200 pada selang masa 1 jam dengan paras 1.1300 menjadi sasaran terdekat untuk Bull. EURUSD kini bergerak dalam bearish channel dengan 1.1234 menjadi support terdekat, sekiranya paras ini ditembusi, paras terendah November di 1.1185 menjadi sokongan penting. Seandainya paras 1.1300 ditembusi, bersamaan dengan penembusan paras MA-200, harga EURUSD mungkin mempunyai peluang untuk menguji paras tertinggi 30 November di 1.1383. Indikator RSI14 1 jam menunjukkan momentum kenaikan masih lagi kukuh tetapi masih belum sampai ke zon overbought. Manakala indikator MACD menunjukkan MACD signal line dan histogram MACD berada di atas paras 0. Memberi indikasi kemungkinan kenaikan EURUSD ke paras lebih tinggi.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.