USD terus menunjukkan pengukuhan berbanding dengan Euro apabila berjaya menguji paras psikologi 1.1300 pada awal sesi dagangan US pada hari Isnin. EURUSD Kembali diniagakan rendah selepas mencapai paras tertinggi 1.1482 pada 14 Januari dan terus menggelongsor ke bawah sejak itu.
Dengan tumpuan utama terarah kepada mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis, FED dijangka akan memberikan sedikit maklumat mengenai program tapering QE yang sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, pasaran menjangkakan tiada sebarang kenaikan kadar faedah pada mesyuarat kali ini. Sentimen semasa jelas memberi sedikit kelebihan kepada USD, di mana ketegangan geo-politik di Eropah sedang memuncak apabila krisis Rusia-Ukraine dilihat semakin tegang. Ini menyebabkan para pelabur beralih kepada mata wang safe haven seperti USD, JPY, CHF dan Gold buat masa ini. Selain itu, kejatuhan pasaran saham di Bursa saham US dilihat tidak memberi impak negatif buat USD.
Tumpuan pergerakan teknikal kini dilihat sama ada USD kekal berada di bawah 1.1300 pada akhir sesi US. Paras sokongan pada 1.270 menjadi tumpuan dengan paras sokongan di harga terendah Disember 2021 di 1.1221 menjadi benteng seterusnya untuk bull. MA-200 menjadi resistant dinamik untuk masa kini di sekitar harga 1.1330 diikuti paras tertinggi minggu lepas di 1.1358. Indikator MACD mula menunjukkan histogram gagal mencatat new low tetapi masih lagi dalam teritori negatif manakala indikator RSI masih lagi belum mencapai paras oversold 30.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.